Wednesday, September 07, 2011

Suasana Di Hari Raya - Asyila Putri Azhar (Upin & Ipin).flv

Sepanjang balik ke kampung sama ada keluarga di sebelah Ana mahupun di sebelah cik abang, lagu inilah yang berputar berulang-ulang kali. Lagu favourite anak-anak sampaikan Aqilah dan Iwani dah boleh hafal setiap patah lirik dalam lagu ni. Yang paling tak tahan nak tergelak bila si Adlin sebut 'tok dalang' -- 'yom ayam'...hehehe...jauh bebenar bunyinya chek oii..
Masa beraya di rumah mak mentua kat Nilai, Cik abang bawa kami anak beranak beraya ke rumah kawan sekolahnya, Redza di Shah Alam. Kebetulan adik si Redza ni yang namanya juga Aqilah bekerja di Les' Copaque. Macam bertih jagung jer kakak Aqilah bersembang dengan kembar namanya. Entah apalah yang diceritakannya. Skali Aqilah (adik Redza) keluarkan duit raya. Berebut anak-anak dengan abah mereka nak dapatkan sampul duit raya yang ada gambar upin ipin. Hehehe.. bukannya berebut nak duit raya tp sampul duit raya yang dikutip. Almaklumlah ada kartun upin ipin...sabor jerlah.
Jomlah layan lagu raya favourite tahun ni.


4 comments:

  1. anak2 mmg minat sgt dgn upin n ipin nie..akak pn trkdg join juga tgk....

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya ana....

    pasti lebih bermakna raya tahun ni kan...

    ReplyDelete
  3. anak2 kakyong pun suka lagu raya ni ...

    ReplyDelete
  4. Kak NZA,
    A'ah..lagu ni femes raya kali ni

    Kak idasm,
    Alhamdulillah...akan lebih bermakna
    Tentu akak pun sama jugak

    kakyong
    menjadi kegemaran budak2 dan mak2 budak..kekeke

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^