Saturday, November 05, 2011

Moody Si Aqilah

Aqilah sudah semakin pandai merajuk.
Bukan merajuk yang sikit-sikit, tapi merajuk tahap lari masuk dalam bilik pastu kunci pintu.
Huhu..
Kebiasaannya kalau dia nakkan sesuatu tetapi tak dapat, dia akan merajuk.
Bergaduh dengan adik-adik, merajuk.
Merajuk bukan sekadar merajuk sahaja yer, siap membebel-bebel lagi.
Contohnya, kalau bergaduh dengan Iwani, dia akan membebel lah.
Iwani itu, iwani ini...suka amik barang orang...orang dah cakap bla bla..orang yang amik dulu...bla..bla..
Dia suka bahasakan diri dia 'orang' atau 'kami' sebagai kata ganti nama.

Paling sadis pernah terjadi kat rumah mama.
Dia berebut barang dengan Iwani.
Ketika tu, Ana di dapur. Biasalah, tolong mama masak.
Mula-mula tu dok main elok-elok jer.
Pastu dengar lah suara bertengkar.
Bila dia tak dapat rebutkan barang yang dia nak, dia lari naik ke atas rumah.
Masuk dalam bilik Pak Mie dia, hempas pintu kuat-kuat dan terus kunci pintu.
Pastu sesi membebel bermula sambil menjerit dan menangis.
Macam drama lah kami hari tu.
Bila dipujuk-pujuk, oklah.
Tapi satu hal pula, dia tak boleh buka pintu bilik tu.
Ahh, sudah!
Walaupun dia sebenarnya pandai buka pintu, tapi kebetulan pula tombol pintu tu tersangkut dan tak dapat dibuka. Dah teresak-esak balik. Nangis, takut. Mujur hari siang. Kalau malam, mau bergelap sebab bukannya dia sampai nak tekan buka suis lampu.
Tok baba pula cari kunci pintu bilik tak jumpa.
Penyelesaiannya, abah aka cik abang Ana terpaksa pecahkan tombol pintu.
Rabak...
huhu..
Adoiyai lah anak.
Lain kali nak merajuk jangan kunci pintu yer sayang.


5 comments:

  1. Kuat merajuk rupanya kak aqilah nie.....Agaknya dia ni jenis seorg yang sensitif dan cepat terasa hati..nasib baik ana jenis seorg mama yg sabar....

    ReplyDelete
  2. amira pun kuat merajuk dan mengamuk. kalau tak dapat apa yg dia nak mulalah hentak2 kaki. kadang2 siap guling2 lagi...

    ana mesti byk sabarkan... aqilah seorang yg sensitif nampaknya...

    ReplyDelete
  3. k.nza & k.ida,
    oh, ana bukanlah seorg yg penyabar. Ana ni baran jgk. Tp bila bhadapan dgn anak2 mmg mengajar ana utk jd seorg yg sabar..mood aqilah yg semakin moody ni mgkn jg simptom2 disleksia. Dia mmg perlukan perhatian yg lebih. Kalau nk tegur pun skrg ni kena cara berhemah,sbb dia sgt sensitif

    ReplyDelete
  4. fikri pun dah pandai main hempas2 pintu..

    x nak beralah dgn adik2 kalo part berebut mainan..

    tp nak kena sabar lah sikit..

    kakyong cuba tunggu dia cool dulu, pastu bgtau x baik hempas pintu.. nanti rosak.. terkepik tangan ke kaki ke...

    ReplyDelete
  5. kakyong,
    a'ah.Betul tu kak. kena bg dia cool dl,ataupun umpan dia dgn sesuatu benda yg lebih menarik.Br ok rajuk nya tu.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^