Wednesday, November 02, 2011

Seminar Kesedaran-- Mengenalpasti dan Membantu Kanak-kanak Disleksia

 
Bulan Oktober lepas, Ana dapat email daripada Persatuan Dyslexia Malaysia tentang seminar kesedaran ini.
Ada 4 negeri yang terpilih, diadakan seminar tersebut-- Ipoh, Kuantan USM Kubang Kerian, Kota Kinabalu, Sabah.
Kami pilih negeri yang terdekat-- Ipoh.
Seminar ini ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Yuran tempat dan makanan ketika seminar berlangsung juga ditaja sepenuhnya.
Alhamdulillah, kalau berbayar, mesti cecah ratusan ringgit sebab lokasinya adalah di hotel.
Hanya keluar duit poket untuk perjalanan ke sana sahaja. heheh...
Jangan tak percaya, kami bertolak dari Perlis ke Ipoh pada pukul 3 pagi agar dapat sampai tepat pukul 8.00 pagi.Dasyatkan cik abang Ana! 
Memang tak tidur seharian hari tersebut. Habis majlis bertolak pulang ke Pulau Pinang.
Kami tak bermalam di Ipoh. Ughh..Ana pening dengan jalan-jalan kat pekan Ipoh. Mujur ada GPS.
Kalau tidak, maunya sesat kami tak keluar-keluar. Asyik pusing-pusing dalam pekan sahaja. 
 Seminar ini terbuka kepada orang awam, tetapi majoriti tetamu yang hadir adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan khas.
Ada beberapa kerat jer ibu bapa yang datang termasuk Ana dan Cik Abang.
Tapi kami tidak berdua, hero dan heroin pun ikut juga. Pagi-pagi buta dah angkut budak-budak tu naik kereta. Mujur sepanjang jalan, mereka tidur sahaja. Jadi tak adalah yang buat perangai sangat.
Ammar pun sangat baik. Tidur sahaja dalam stroller sampai habis seminar. Sesekali dia bangun juga untuk minum susu. Pastu tidur balik.

 
Gambar-gambar di bawah diambil dari FB Dr Aziz, penceramah yang berbaju hijau tu.
 
Aqilah menempek jugak di depan bersama abah  ketika sesi soal jawab.

 Soalan Abah- Bagaimana nak daftar anak ke Pusat Disleksia?

 We advised that he refer the matter to the state education department since he has already referred to a medical doctor on the condition of his daughter-- Quote dari FB Dr Aziz

Tengok tu, Iwani pun menempek sama. Mujur penceramah dan audience semua sporting.
Mereka pun faham bila melihat kami melayan kerenah anak-anak yang seramai 4 orang ni. 
Macam-macam kerenah. Ada yang nak tidur terlentang, ada yang terjerit-jerit, terlompat-lompat.
Dewan seminar dah jadi macam tempat permainan depa. Sabor ajerlah. kekeke...

 Alhamdulillah, dah nampak sedikit laluannya. Insyaallah, bulan Disember ni, kami akan hantar Aqilah untuk buat assesment di Pusat Disleksia, Pulau Pinang. Bila dah tahu tahapnya, baru kami akan hantar untuk kelas selama 3 bulan. Jadi kemungkinan besar Aqilah akan lewat masuk sekolah (darjah 1).
Takpalah kakak. Biarlah lambat, asalkan kakak boleh membaca, menulis dan mengira, mama dah cukup bersyukur. Mama yakin kakak boleh sebab kakak rajin buat latihan.
Insyaallah, semoga dipermudahkan usaha kami....

9 comments:

  1. Great info la ana.tak sangka aktif gak persatuan ni.(or maybe anis mmg xtau pasal aktiviti dia kot)

    Balik 4good nnti baru nk check up budak uyin tu.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, Aqilah mesti boleh.. Syabas untuk Ana dan suami.. terus kan usaha.. jgn putus asa..

    ReplyDelete
  3. Bagus tu ana, program ilmu mcm ni byk membantu kita...Akak suka hadiri seminar w.pn terkadang trpaksa memandu jauh krn byk ilmu yg kita perolehi..
    Apapun, tahniah utk ana skluarga....

    ReplyDelete
  4. aNiS tHe BumbleBee,
    Welcome. Ana pun sbnrnya x sangka persatuan ni akan invite. Itupun bnasib baik sbb daftar jd ahli

    kakyong dan kak NZA,
    Terima kasih kak. Insyaallah semoga dipermudah segalanya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ana,
    Kita pernah jumpa masa seminar ni. Saya pun dari Perlis. Saya ada emel Ana semlm. Kalau boleh saya nak interview Ana. Ada call and sms your husband semlm, tapi tak dpt.

    ReplyDelete
  6. Pusat Disleksia, Pulau Pinang.
    bole beri alamatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasmin,

      Ini alamatnya:

      Lintang Pantai Jerjak, Taman Century, Gelugor
      04-6560926

      Coordinator- Gunasekaran

      Delete
  7. assalamualaikum pn ana..bole ke pn berkongi pengalaman dgn saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pm saya di email anamio79@gmail.com

      Delete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^