Saturday, December 24, 2011

Sekitar Seminar Kesedaran Disleksia

Hari tu Ana paparkan gambar-gambar yang diambil dari FB Dr Aziz di SINI. Kali ni Ana nak tunjuk pula gambar-gambar dari kamera cik abang Ana. Maaflah, dah berkurun, baru Ana dapat cerita di blog.

Sebelum itu sedikit cerita tentang perkembangan terkini Aqilah -- Ana dan Cik Abang dah ambil keputusan untuk menghantar Aqilah ke Pusat Disleksia di Pulau Pinang. Ini bermakna Aqilah akan lewat masuk ke sekolah rendah. Selasa lalu (20 Disember 2011), cik abang dah bawa Aqilah ke Pusat Disleksia Pulau Pinang buat ujian penilaian (assesment) untuk menentukan tahap disleksia (level of dyslexia) - mild, moderate, severe
Ujian penilaian ini perlu dan penting supaya guru dapat menentukan cara untuk mengajar anak disleksia.
Nampak seperti Ana serahkan tanggungjawab mengajar Aqilah kepada guru PDM sepenuhnya.
Oh, jangan salah faham. Ana sendiri masih belum ada cara bagaimana hendak memberi latihan kepada Aqilah. Ana mungkin lemah dari segi cara hendak mengajar dia menulis dan membaca.
pendekatan ana lebih kepada cara Aqilah membuat sesuatu kerja sendiri.
Dia perlu belajar berdikari. Tapi apa-apa pun, Ana dalam proses hendak belajar cara nak ajar Aqilah menulis, membaca dan mengira. Insyaallah, bila dah tengok silibus yang diperolehi daripada guru PDM, baru Ana boleh merancang strategi yang betul.
Nanti Ana kongsikan sedikit apa yang diperolehi daripada seminar tersebut.
Kali ni meh kita jenguk-jenguk telatah anak-anak kat seminar tersebut.

Baru sampai, semasa pendaftaran.

Close up--Diapit Aqilah dan Iwani

Ammar bersama Dr Aziz
Adlin bersembunyi di belakang stroller Ammar

 
Bergambar di hadapan pintu dewan seminar

Ammar ketika usia 3 bulan

Iwani yang dah mula boring dan mula buat kuak lentang atas kerusi, mujur kami duduk agak belakang, jadi tak ada ler mengganggu peserta lain. heheh...

 
Orang kuat PDM
 Suasana dalam dewan, ketika kami baru sampai

 
Suasana ketika seminar berlangsung
Di bawah ni adalah gambar-gambar antara peralatan alat bantu mengajar anak-anak disleksia




Anak Disleksia saya -- Nur Aqilah


Mama saya kamu




4 comments:

  1. kita berusaha selagi terdaya. insyaallah aqilah akan berjaya. amin.

    ReplyDelete
  2. beruntung dan bertuah aqilah punya mama dan abah yg perihatin....

    ReplyDelete
  3. bertuah aqilah. support dari ibubapa yang akan tentukan masa depan mereka.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Ana & suami telah buat tindakan awal..
    nanti jgn lupa update.. mana tahu ada manfaat yg kakyong boleh ambil dr situ..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^