Monday, January 31, 2011

Baby Fair @ MidValley Mega Mall

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Cuti hujung tahun lepas (Disember 2010), kami sekeluarga ambil peluang untuk pulang ke Nilai. Walaupun hanya beberapa hari sahaja. Tapi oklah. Kami menggunakan hari-hari yang ada tu dengan pelbagai aktiviti seperti jalan-jalan dan jalan-jalan dan jalan-jalan. Hahahaha... jangan marah. Bukan jalan ke mana pun. Sekadar pergi ke Ekspo Bayi yang diadakan di Mid Valley dan round sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Tengok jerlah gambar-gambar yang ditangkap ketika di sana.

Acara di atas pentas. Tak join pun. Malas nak tunggu lama-lama.
Sekadar jelajah booth pameran sahaja sambil cuci mata.

Ketika baru sampai, daftar dan ambil free gift. Tau tak ada apa dalam tu? Macam-macam juga.
Antaranya multivitamin untuk kanak-kanak. Oklah tu, dapat barang free. Pastu belek peta untuk cari kedudukan booth.

Booth yang mula-mula kami tuju, wajib! PA&MA..heheh... dapat free gift juga. Tapi kena isi borang yang terdapat dalam majalah keluaran November. Ana sempat juga rembat buku yang ditulis oleh Wardina- "Mama, saya lapar..". Best gak isi kandungannya. Banyak info yang bermanfaat boleh dikongsi.


Budak kecik yang pada mulanya tidur. Bila dah jaga, haa...tengoklah matanya yang hitam tu.
Senyum tak lekang dari bibir.
Adlin panggil Manman..namanya Iman

 
 Telatah anak-anak... Nur Aqilah, Nur Iwani dan Nur Adlin

Nur Aqilah dapat hadiah belon.

Nur Iwani pun dapat juga. Tapi asyik tiup tak besar-besar pun. hehehe...


 Nur Adlin pun seronok. Dapat jalan di kawasan lapang tanpa dapat dihalang.
Bukan bagi orang pegang tangan dia. Laju jer jalan.

 
Bergambar depan Pooh.
Si Adlin dalam usaha nak melepaskan diri.

Berjaya tangkap budak kecik ni daripada lari ke tempat lain
hehehe...

Tak beli apa pun. Lebih kepada mencuci mata sahaja sambil survey apa-apa yang patut serta tambah pengetahuan tentang ilmu keibubapaan.
Semua barang branded kat sini. So, tentulah harganya pun mahal tak hengat. Walaupun, ada diskaun, tapi takpelah... kita jimat-jimatlah sikit.
Apa yang penting, boleh bawa anak-anak tengok sendiri suasana kat situ.
Ana pun seronok juga.
Thanks to adik ipar yang sentiasa alert dengan aktiviti-aktiviti sebegini.


Friday, January 28, 2011

Bagi panjang motor itu...

Cerita pagi tadi. Celoteh anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Sewaktu keluar dari simpang rumah pagi tadi, tiba-tiba ada motor dari belakang memotong kereta Ana.
Iwani: Mama, kenapa kita tak naik motor macam tu pi sekolah?
Ana: Motor tu kecik. Kita ramai orang, mama,adik, kakak Aqilah, kakak Wani, mana muat, chek.
Iwani: Bagilah panjang motor tu. Barulah muat.
(kahkahkah..ana mmg dah gelak dalam hati)
Kiranya, bagi dia, kalau motor tu boleh dipanjangkan lagi tempat duduknya, bolehlah muat ramai orang.
Mujur terlintas jawapan nak menjawab balik.
Ana: Mana boleh, sayang. Kalau panjang, nanti patah sebab dia ada 2 tayar jer.
Kalau bawa banyak orang guna motor, nanti polis tangkap.
Iwani: Oo, hari tu wani naik motor pak Mie dengan mama dan adik, polis tak tangkap pun.
Erk..bila ek? Try recall balik, bila pula Ana naik motor dengan adik Ana? Kemudia, ooo..
Ana: Itu kita naik jalan-jalan dekat umah tok baba jer.Bukan jalan jauh. Takpelah.
Iwani: Ooo..
Aqilah: Mama, kita naik basikal pi sekolah lah
Hahaha..ini lagi seorang.
Ana: Uish..jauhlah, sayang. Keja mama jauh, sekolah adik pun jauh. Kita naik keta sajalah. 
Keta mama ada aircond. 
Kalau kakak dan Iwani nak naik basikal, boleh naik petang-petang dengan abah. 
(Amboi..mentang-mentanglah baru beli basikal baru. Nanti Ana citer pasal basikal baru mereka)
Aqilah dan Iwani: Ok

Tuesday, January 25, 2011

Mengidam lagi...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Tadi pagi, masa dok kelam kabut nak hantar anak-anak ke sekolah dan pi kerja, tiba-tiba masa nak tutup pintu pagar, Ana boleh terbau sesuatu yang sangatlah harum.
Huwaaa.. I bau rendang tok lah. Siapalah yang masak rendang tok pagi-pagi ni. Kan dah teringin. 
Rasa macam nak makan la la tu jugak. Mampuih dah.
huhu.. 
Mana nak cari daging masak rendang tok ni?
Ada ke jual kat kedai.. jenuh kalau nak cari kat sini.
Masak sendiri..huhu..kena pi pasarlah nak cari segala mak nenek rencahnya tu.
Daging takpe, memang ada sedia dalam peti sejuk.
Resepi?
Internet ada, takpun calling2 jer mak2 saudara I tu. Majoriti anak jati Perak. hehehe..
Kalau dapat beli kat kedai, kan senang.
Huh! Nak mudah jer kejanya...hehehe...

Thursday, January 20, 2011

My gurls with ray ban

 My three little angels are on their way to the beach at Tanjung Bunga (pergghh..speaking London..ahaks!)
Gembira sungguh depa ni. Almaklumlah, nak mandi dan main di pantai.
Masa ni, Ana tak ikut sebab ada seminar di Pulau Pinang.
So, budak-budak ni kena tinggal dengan abah depa. Mujur mama dan baba serta adik-adik mau ikut juga. Kalau harap kat cik abang seorang, jenuh juga nak mengawal 3 orang anak dara ni.

Tengoklah Si Adlin, cian hidung penyek, terpaksa melangut semata-mata tak mau bagi spek hitam tu jatuh. hehehe...

 Iwani, anak yang manja dan banyak akal

p/s: Malaslah nak letak watermark...huhu

Monday, January 10, 2011

MaMa3H Giveaway...

Dah nak tutup ni..mujur tak susah sangat syaratnya. Alang-alang dah buka, join ajerlah. Nanti terlupa terus plak, macam 2 contest lepas yang telah ditag oleh Nadiah Sidek dan Kak Ina (sorry yer, tak sempat join, sebab mood berblog tengah merudum time tu.huhu...)

Sesiapa nak join, masih sempat lagi. Tarikh tutup hari ni, 11.59 malam. hehehe..
Klik SINI ya

Saturday, January 08, 2011

Menu di awal trimester

Masa awal-awal tahu mengandung, memang pantang nampak sambal belacan atau apa-apa aje  masakan yang pedas. Memang sangguplah makan walaupn sampai berair mata, berhingus hidung. Padahal, sebelum-sebelum ni, Ana memang elak sangat-sangat makanan pedas, sebab Ana kan ada gaastrik. lagipun, Ana sendiri tak tahan pedas kalau pedas sangat. Pedas sikit-sikit tu takpa lah.

Ini menu Ana masa mula-mula, sambal belacan, kacang bendi sebagai ulam. Ana makan mentah- mentah. Langsung tak celur atau rebus. Sedapppp..rangup kalau makan mentah-mentah. Pastu kalau ada ayam goreng ke, ikan goreng ke atau ikan pekasam ke...perghhhh....mau tambah berkali-kali ni.

 Fresh lagik nih! Cabai hidup (merah) jer. Ana tak suka cili padi.

Krupp..krupp..



Kecik lah pulok ayam nih...hehehe..

Tuesday, January 04, 2011

Anak dara I dah pandai posing!

Gambar diambil ketika jalan-jalan ke City Plaza, Alor Star.
 Ni singgah sat kat McD, apalagi... menyantap lah..hehe..
Sambil tunggu cik abang yang sibuk dengan aktiviti membelek kedai komputer, sempatlah kami posing kat luar McD tu...huahua..

 
Sengihnya sampai ke telinga, maklumlah berpeluang dok atas riba pakcik McD

Sakan sungguh anak-anakku ini.

Monday, January 03, 2011

Ayam KFC resepi Ibu mertuaku

 Emm..

 Nyum..nyum...

Mmm... nampak sedap tak 4 ketul ayam yang sedang berenang dalam minyak panas tu?
Nak cuba?
Ini resepi mak mertua Ana.
Mungkin sebab dia tahu cucu-cucu dia sangat suka makan ayam KFC.
Sebelum ni, Ana pakai tepung goreng ayam jer, tapi macam tak berapa nak jadi macam ayam kat KFC tu.
Tapi bila cuba pakai resepi ni, Alhamdulillah... oklah. Sedap sampai anak-anak pun menjilat jari.
Tak perlu berbelanja mahal pun.

Bahan-bahannya:
Ayam - 5-6 ketul (kalau bahagiannya dipotong besar, 4 ketul pun dah cukup)
Telur sebiji (pukul hingga hancur)
Biskut krim kraker/biskut 4 segi- 4-5 keping
Garam dan kunyit untuk digaul dengan ayam


Cara-cara membuatnya:

Bahan A:
Biskut krim kraker dihancurkan ikut kehalusan yang diinginkan (boleh mesin dalam blender kalau nak betul-betul halus, atau tumbuk pakai batu lesung)

Bahan B:
Gaul garam dan kunyit dengan ayam
Celup ayam tersebut dalam telur yang telah dihancurkan
Golekkan dalam Bahan A
Pastikan serbuk roti krim kraker tersebut menyaluti keseluruhan ayam.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan
Pastikan ketulan ayam tenggelam dalam minyak agar dapat hasil yang memuaskan


Ha.. amacam?Senang sahaja kan?
Barang-barangnya pun bukannya susah nak cari.
Mesti dah ada dalam stok dapur.
Selamat mencuba!

Saturday, January 01, 2011

Adlin tengok apa?

Sekadar nak mencatat telatah si kecil yang dah semakin cerdik dan pandai melayan suasana sekeliling.
Ketika ini, kami keluar jalan-jalan ke MidValley semasa balik kampung bulan September lepas.
Window shopping jer. Tak beli apa-apa pun.
Susah nak shopping kalau bawa rakyat jelata ni. Biasalah kan..hehehe..
Dah nama pun keluar jalan-jalan. So, jalan-jalan jer lah sambil cuci mata.
 

Eh..eh! Adlin jalan kaki. Habis tu, abah sorong siapa dalam stroller?
 
 
Amboi... asyiknya Adlin! Tengok apa tu, sayang?
 
 
 Lorr.. rupa-rupanya kakak Wani yang duduk dalam stroller. Kakak Wani tu, memang... jalan sikit dah tak larat. Mengada-ada. Adik Adlin lagi sporting bila time jalan-jalan. Tapi, awas! Bukan boleh biar lepas, silap haribulan, boleh hilang dari pandangan mata. Sebab tu, bila nampak dia dah jalan jauh sikit, Ana terus tangkap dan dukung. huhu...
Tengok tu... abah pun join juga dengan Adlin. Tengok apalah agaknya sampai asyik sekali?

Ooo...rupa-rupanya, Adlin asyik melihat life band music ala-ala pemain muzik jalanan yang buat free show kat shopping mall tu. Patutlah...
Oklah Adlin, enjoy yourself!
Pasni nak sambung jalan-jalan lagi.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^