Friday, February 25, 2011

Mari makan Biskut Bunga

Biskut ni adalah kenangan Ana semasa kecil. Sampai sekarang Ana sendiri tak tahu namanya. Kadang-kadang Ana panggil biskut gula atau biskut bunga atau biskut warna-warna. Entahlah, macam-macam nama yang ana beri. Orang yang perkenalkan biskut ni pada Ana adalah arwah datuk ana (sebelah mama Ana). Dia selalu beli biskut ni kat kedai runcit. Biskut ni selalunya dijual mengikut kiraan timbang dan mempunyai pelbagai warna seperti dalam gambar kat bawah ini.


Ada yang tahu ke nama sebenar biskut ni?
Macam nak kena buat kajianlah pulak. Hahaha...


Masa awal trimester hari tu, Ana teringin sangat-sangat. Satu hari tu, balik dari kerja terus singgah kat kedai runcit berdekatan dengan rumah. Sekali ternampak tin biskut tu. Hah! Pucuk dicita, terus beli sebungkus yang dah siap packing (dalam 500gm kot). Tak ingat plak harganya. Balik rumah masukkan dalam bekas. Semasa dok tengah ngup ngap tu, anak-anak balik dari sekolah. Sekali tengok, terus depa terpa. Macam-macam soalan depa tanya ana. Biskut apa ni mama? Mama beli kat mana? Boleh bawa pi sekolah tak?Hahaha...


Makan biskut pun macam makan kenduri lah plak. Siap berjemaah lagi tuh!

Jemput makan semua.. We loike pink!

Sedaplah, mama! Nanti beli lagi yer.

Meh Adlin suap mama.

Ana suka makan semua kaler. Aqilah dan Iwani berebut nak kaler pink sahaja. Memang gegurl sungguh! Si kecik Adlin pula, makan gulanya sahaja. Rotinya? Ana lah yang kena habiskan. Ceh! Takpe, chek makanlah. Sekali sekala takpa. Tak boleh makan selalu, kang rosak gigi. Hehehe...

Wednesday, February 23, 2011

Hadiah GA dan Contest

Maaf yer puan penganjur. Contest dah lama. Hadiah pun dah lama dapat. Tapi Ana baru nak tunjuk.
Lagipun, Ana jarang masuk contest/GA ni.
Seganlah jugak sebab Ana ni bukan peserta GA/contest yang tegar.
Selalunya ikut mood rajin dan juga ikut kesesuaian gambar dengan kehendak penganjur contest.
 
Untuk gambar pertama, ana menang saguhati untuk GA ni.
Oklah tu, dah nama pun cabutan bertuah. Ada jugak tuahnya.

 
 Gambar kedua, dapat tempat kedua dalam contest ni. 
Perghh...cayalah. tak sangka gambar Adlin ada juga tuahnya. Rezeki anak.
 
Terima kasih kepada penganjur kerana sudi memilih penyertaan ana!

Tuesday, February 22, 2011

Model Iklan Kedai Makan

Bila lalu Giant Alor Star (lalu sahaja, bukan shopping2, ahaks!), tak sah kalau tak singgah makan kat gerai makan di seberang jalannya. kawasan tu lebih kurang macam food court. Kalau tak silap ia dibuka pada sebelah petang sehingga ke malam. Tak tahu pula sekiranya ada antara gerai makan tu buka pada waktu tengahari sebab kami selalu pergi makan waktu malam. hehehe...
Ada banyak gerai makan di situ. Macam-macam ada dan banyak juga pilihannya. Paling suka kuewtiau t'eng..haha..betul ke ejaan ni. Sebutannya lebih kurang macam teng (tengkuk). Ana tak tahu ia asal mana. Tapi kat situ sahaja yang ana jumpa kuewtiau tu. Tempat lain tak pernah tahu pula. Tapi rasa dia lebih kurang macam kuewtiau sup. Cuma dia banyak pakai lada sulah dan ada sayur tauge. Haha..sorry yer tak ada gambar pula nak tunjuk sebab dua tiga menjak ni, bila pergi dan nak order makan, gerai tu asyik tutup ataupun tak buat. Mengkelanlah juga. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki.
Ini gambar anak-anak yang bergaya sakan di depan signboard gerai makan tersebut. Suka sangat depa. Ana pun snap jer gambar depa. Hmm, tak ada pula gambar si kakak.
Rasanya masa ni Aqilah ikut mama dan baba (ibu bapa Ana) balik Penang.
Saksikan keletah budak berdua ini.

 Aunties, tolong vote kami sebagai model iklan Kedai Makan yer..hahaha..

 Mood happy sungguh!

 Dah tak ada pasangan
Gigit kuku

 Hasil tangkapan Iwani

 Ini pun sama.

 Adik tak ready lagi dia dah tangkap gambar.
Gambar model tengah menonggek.

Model memberi kerjasama dengan pose yang istimewa.
Muka dan baju berlemuih sebab tak sempat nak tukar, asyik berjalan-jalan seharian.

Tuesday, February 15, 2011

Selawat atasmu- Nowseeheart

Solla' Alaikallah Ya Rasullallah
Solla 'Ala Rasulillah Muhammad Mustoffa

Ada satu bintang sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya empat yang utama

Solla' Alaikallah Ya Rasullallah
Solla 'Ala Rasulillah Muhammad Mustoffa

Satu menyampaikan dua beramanah
Tiga kebijaksanaan empat membenarkan

Solla' Alaikallah Ya Rasullallah
Solla 'Ala Rasulillah Muhammad Mustoffa

Ikuti sunnahnya jangan kita ragu
Cubalah sedaya mampu hidup kan bererti
Solla' Alaikallah Ya Rasullallah
Solla 'Ala Rasulillah Muhammad Mustoffa
  
Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia!

Monday, February 14, 2011

Baby baru...


Gembiranya.. sangat-sangat gembira dengan kelahirannya
*
*
*
*
*
*
Eh..eh..Ana dah bersalin ker?
*
*
*
*
Hahaha..jangan terkejut
Bukan baby Ana ya.
Kandungan Ana baru lima bulan.
Ini baby my bestfriend yang berada nun jauh di perantauan
Dia telah selamat melahirkan baby girl pada 22 Januari 2011 yang lalu
Sorry yer, lewat tahu tentang ini.
Patutlah dia senyap jer beberapa minggu ni -mean- tak ada apa-apa update kat blog dia.


For my best friend Nor Intan Saniah,
tahniah yer di atas kelahiran yg ke-4
selamat menjalani tempoh berpantang
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera



p/s: Intan, Ana curi gambar dari blog Intan. Harap tak kisah. hehehe...

Tuesday, February 08, 2011

Susah hati balik...

Susah hati lah. Rasa nak nangis pun ada... tadi pagi, 1st time pi scan. Doktor kata tarikh due scan lari jauh sebulan dari tarikh due kiraan. Huhu..Ana dah agak, baby kali ni kecik. Ana bagitaulah kat doktor, memang anak-anak ana yang 3 orang sebelum ni pun kecik jugak. Tarikh scan pasti lewat dari tarikh jangkaan bersalin based kepada saiz baby dalam kandungan. Tapi kesemuanya, bersalin awal dari tarikh jangkaan (kiraan). Aqilah keluar awal sebulan, Iwani dan Adlin awai 2 minggu. Walaupun dah ada pengalaman untuk 3 kelahiran, tapi masih susah hati jugak. Sangat-sangat susah hati. Risau sejarah berulang kembali. Kalau nak ikut selera makan, memang tak berenti makan. Bangun tidur dah fikir pasal makan, kat ofis pun mulut asyik mengunyah, balik umah..lapar lagi...nak tidur cari makan lagi....perut macam perut raksaksa...asyik pelahap sahaja.
What to do? Aduhai anak yang berada di dalam, sihatlah engkau di dalam sana...janganlah kau bagi mama susah hati begini....huhuhu....

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^