Thursday, April 21, 2011

Kempunan punya pasal...

Tajuk yang memang tak boleh nak kompromi untuk tempoh 9 bulan ni.
Jadi jangan ada yang rasa naik meluat yer, asyik nak bercerita pasal kempunan dan makanan saja.
kekekeke...
Semalam, teringin nak makan set KFC@a.m.- cheezy egg bun.
Selama ni dok tengok iklan kat tv jer.
Dalam hati, terlintas--kalau makan burger ni, at least bolehlah kurangkan sikit kempunan nak makan set breakfast McD (kat Perlis tak ada McD yer. Sadis kan? Dah ler my fav)
Punyalah teringin, mujurlah kat Perlis ni ada KFC.
Tapi nak kena pergi beli awal pagi.
Jadinya semalam, bertekadlah nak keluar waktu minum pagi pukul 10 tu ke KFC.
Tapi memang kecewa sangat sebab pergi dah lewat 10.30 pagi.
Menu untuk breakfast dah bertukar menu biasa.
Muka dah jadi kelat dan cemberut sangat-sangat.
Tak tau nak kata macam mana gara-gara tak survey terlebih dahulu waktu hidangannya.
Inilah menunya...

Gambar Ana ambil dari SINI

Pagi ni, 9.30pagi Ana dah terpacak depan kaunter KFC. Alhamdulillah, mungkin Allah nak beri rezeki kat Ana. I'm the last person get that set. Pelanggan yang datang kemudian dari Ana yang nak order menu yang sama dah tak dapat nak beli sebab dah habis.
Perggghh...syukur sangat.
Dan sekarang Ana tengah menikmati sebiji cheezy egg bun bersama secawan nescafe (ok..ok..Ana tau air ni tak baik sebab ada kafein). Ohh, Ana sebenarnya bukan penggemar nescafe sebab boleh sebabkan sakit kepala. Tapi minuman ini Ana hanya kempunan time mengandung saja. Selepas tu dah tak pandang dah. Tapi Ana tak lah minum selalu. Sebulan mungkin dalam sekali atau dua kali jer.

Errkk.. Alhamdulillah. Sedap gilaa.... kahkahkah..
Tak sabar nak tunggu Sabtu ni, nak balik rumah mama (Penang), nak pekena breakfast McD pula.

Wednesday, April 20, 2011

My 3 little angels

Aku sayang kamu, kamu dan kamu

^___^

Friday, April 15, 2011

Bermain di Marybrown

Kalau tak balik kampung, aktiviti kami di hujung minggu-- turun Alor Setar. Hahaha...nampak sangat kat Perlis tak ada pasaraya. Ana ni kan kaki supermarket (window shopping saja pun tak apa, asalkan pi supermarket). kekeke...
Oleh kerana rumah Ana lebih dekat kalau lalu kot highway Changlun, kami singgah kat Marrybrown restoran makanan segera yang ada dekat dengan CMart Changlun--tujuan utama sebab nak breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Setar.

1st time bawa anak-anak singgah kat situ, sebab Ana dan cik abang tak berapa suka sangat menu Marrybrown. Bila anak-anak tengok ada tempat main yang penuh dengan bebola kecil, terus masuk tak mahu keluar dah. Asyik sangat main sampai nak ajak makan pun, jenuh panggil.
Tengoklah aksi-aksi mereka yang sempat cik abang tangkap.


Leka kakak dalm timbunan bebola.

Budak bertigas yang sangat teruja...

Slurrpp...bebola tu tak boleh makan yer, sayang.

Macam geram jer bila nengok ada banyak bebola.

Adlin dengan hobi yang suka panjat memanjat


Thursday, April 14, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Nak join sila klik SINI

Gambar yang dipertandingkan....

Nur Adlin Bt Mior Mohd Shahril
7 Jun 2009 (1 tahun 10 bulan)

Kat bawah ni gambar selingan jer..



Bagaimana merangsang atau menggalakkan anak supaya membaca?
1. Keluarga Ana jenis yang suka berjalan-jalan ke pasaraya walaupun tak membeli dan hanya sekadar mencuci mata. Tapi Ana dan suami berpendapat, di pasaraya juga anak-anak boleh didekatkan dengan buku. Bagaimana caranya?

(a) Bawa pergi ke perpustakaan... Perpustakaan juga ada dalam pasaraya seperti contoh Pasaraya Jaya Jusco Bandar Perda, Seberang Perai-- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri perlu lebih banyak adakan Perpustakaan di pasaraya sebab memang cara hidup masyarakat sekarang suka berjalan di pasaraya sebab di pasaraya ada tempat permainan, tempat makan, barang-barang keperluan.
Semuanya boleh diperolehi dalam satu tempat.
Lagipun dalam pasaraya, sejuk aircond..ahaks!
(b) Kerap membawa anak-anak ke kedai buku, waima kedai kecil yang berada di tepi-tepi jalan. Oh, ya, kedai buku juga terdapat banyak dalam pasaraya besar seperti Popular, MPH, Times, Kinokuniya dll.
(c) Bawa ke pameran/pesta buku seperti gambar di atas yang diambil ketika ke Pesta buku Negeri Perlis yang baru sahaja berlangsung pada penghujung Mac yang lalu.

2. Kalau dah belikan mereka buku, jangan pula kita sebagai ibu bapa biarkan mereka meneroka sendiri.
Ibu bapa juga perlu bersama-sama dengan anak-anak membaca ataupun sekurang-kurangnya berada di samping mereka ketika membaca buku (jangan pula kita buat kerja lain seperti menonton tv).

3. Pengaruh daripada adik-beradik dan ibu bapa- bermaksud, ibu bapa kena tunjuk contoh suka membaca. Semasa kita membaca, kita panggil mereka untuk sama-sama membuka buku mereka. kalau ada adik-beradik yang lebih dewasa, secara tak langsung boleh beri pengaruh kepada anak-anak yang lebih kecil untuk sama-sama mendekatkan diri dengan buku.

Alat bantu mengajar
Alat yang spesifik untuk membantu mengajar tak ada kot.
Tempat:
Ana tak terhadkan masa dan tempat untuk mereka membaca. Mereka boleh membaca di mana-mana sahaja, tak kisahlah sama ada di bilik tidur mereka sendiri (atau di bilik tidur Ana), di dapur, di ruang tamu atau di dalam kereta. Sebab tu rumah ana berselerak, penuh dengan buku-buku mereka.kekeke..

Alam sekeliling:
Ana suka bagi mereka explore dengan keadaan sekeliling. Jadi bila mereka jumpa benda-benda yang sama seperti gambar di dalam buku mereka, mereka akan mudah ingat.
Ok. Itu jer kot perkara-perkara yang diaplikasi untuk anak-anak Ana.

    Minuman mama

    Minuman saya sekarang selain air masak, teh dan milo
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *



    Susu Anmum
    Waktu minum: Pagi dan malam
    Semestinya berperisa coklat
    Selepas mengandungkan Aqilah, dah tak lalu sangat nak minum susu tepung yang perisa plain.
    Mesti nak perisa coklat saja.
    Tapi kalau susu segar yang dalam kotak tu, susu Dutch Lady jer yang boleh telan.
    Susu HL..langsung tak lalu.
    Macam-macam songeh la ana ni kan. hehehe...

    Wednesday, April 13, 2011

    Mama, kaki saya dah besar... sila beli kasut baru

    Peace untuk semua!

    Hehehe..(sila abaikan badan yang bertempek bedak sejuk kerana dinaiki ruam)

    Oppsss...Perhatikan betul-betul, keadaan jari-jemari kaki yang terkeluar dari kasut.

    Close up sebelah atas

     
    Close up sebelah bawah
    kekeke..kasut yang dah kecik ke @ kaki yang dah besar? Mana satu yang betul?
    (Ohh, sila abaikan kaki yang berconteng dengan ink pen kerana saya 
    tersangatlah kreatif sehinggakan kaki pun boleh dijadikan kertas untuk menulis) hikhik..

    Tuesday, April 12, 2011

    Mari berbasikal (edisi bersama abah)

    Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, nak tunjuk basikal baru si Aqilah dan si Iwani. Ada ala-ala basikal mountain bike lah juga. Itu pun, cik abang beli tak beritahu pun kat Ana. Lebih kurang surprise lah juga. Dia pergi beli dengan budak-budak tu jer selepas waktu sekolah. Tapi Ana tahulah dia memang berjanji dengan anak-anak nak belikan yang baru sesuai dengan saiz dan umur mereka. Lagipun, sebelum ni budak-budak tu asyik bergaduh sahaja berebutkan basikal yang satu.
    Walaupun ada 2 seat, yang jadi penunggang bukan mau bawa penumpang kat belakang sebab berat, tak larat nak kayuh. kekeke...


     
    Aksi si Aqilah dengan basikal warna putih. Boleh naik seorang sahaja sebab tak ada seat belakang.

     

    Aksi si Iwani, bawa basikal berwarna biru sambil makan biskut.
    Tak menyempat dah.


    Adlin tak dak basikal baru ke? Tak ada. Adlin main basikal kakak yang lama. Kesian... inilah nasib bila jadi anak yang ke-2, 3, 4 dan seterusnya, asyik kena pakai yang kakak/abang sulung punya saja. Yang memang sohih akan jadi warisan turun temurun. Lagipun basikal Aqilah yang warna pink tu, masih cantik dan elok sebab jarang guna.
    Tomei tak saya naik basikal kaler pink, sama dengan kaler baju?
    kekekek...


    Kaki Adlin masih belum sampai mencecah pedal basikal dan juga tak reti nak kayuh lagi,
    jadi abah kena tolak.
    Kakak-kakak steady jer kayuh basikal, macam dah teror sangatlah tu.

    Eh..eh..abah jadi penumpang? Ini sudah terbalik kot. 
    Baik-baik abah, nanti kang tertungging ke belakang.

    Adlin dah tak nak duduk di hadapan.
    Tukar posisi di belakang pula.

    Ok, masa untuk masuk ke dalam rumah.
    Dah penat abah menolak basikal main, masa untuk bersihkan diri yer.

    Wednesday, April 06, 2011

    Wordless Wednesday...

    Miss them very much...



    Tuesday, April 05, 2011

    Rekod Diri ketika hamil sehingga Minggu ke-22

    Berat normal - 39kg

    Berat semasa pembedahan membuang ketumbuhan - 37kg  *hohoh..susah hati punya pasal turun 2 kg

    28 Disember 2011
    Berat di awal trimester kehamilan - 39.5kg  *Naik balik...oklah tu
    HB- 11.7  *Hehe...oraitlah tu. 

    5 Januari 2011
    HB- 11.2   * turun sikit. Huhuhu...
    Jenis darah- B positive
    14 Februari 2011
    Tarikh due pada scan tak sama dengan EDD.  * huhuhu...
    Doc bagi tarikh baru base kepada scan pertama - REDD- 31 Julai 2011
    Dose vitamin ditambah - 2 Iberet + 1 Obimin setiap hari.
    Dose Anmum juga bertambah - 2 gelas pagi + 2 gelas malam sebelum tidur - atas arahan cik abang  *huhu..


    1 Mac 2011
    Buat MGTT (minum air gula) - Doc kata result ok - Fasting blood sugar 4.2 mmol/l
                                                                                   2 hour PPBS 5.9 mmol/l
    Berat - 43.5kg
    HB- 10.5   *huhu..turun lagi. Kenapa ni?
    9 Mac 2011
    Refer MO

    29 Mac 2011
    Berat 46 kg  *hohoho..cepat berat badan naik. Naik dekat 3kg dalam tempoh tak sampai sebulan.
    HB - 10.5..masih kekal bawah paras normal

    Masalah ketika kehamilan trimester ke-2:
    Timbul urat biru kehijauan di peha kiri dan kanan

    Ana dapat jawapan ni daripada soal jawab bersama Dr Faridah (Malay Confinement) dalam laman web BaiBoo.com

    Salam, Doc...Saya mengandung untuk anak ke3. Usia kandungan sekarang 6 bulan. Baru-baru ini saya berasa seperti ketulan di belakang betis, paha dan kawasan berdekatan ari-ari dan punggung. Bila dilihat di cermin rupa-rupanya ia adalah urat biru kehijauan . Bila disentuh, ia agak sakit walau tidak keterlaluan. Masih boleh bertahan. Bagaimana cara nak menghilangkannya?Kenapa ia berlaku? Apa puncanya? Mak saya cakap kerana masuk angin. Betulkah?  
    **Urat kembang yg berwarna biru-kehijauan ini disebut varicose veins. Ia berlaku tatkala hamil dan boleh berlaku di mana shj bahagian badan, lebih-lebih lagi di betis, peha, perut, ari-ari, punggung, etc. Memang ia sakit sedikit apabila disentuh. Ia bukan sebab masuk angin seperti disangkakan. Ia memnandakan bahagian berkenaan memerima tekanan darah yg amat tinggi dan urt darah terpaksa melingkar mencari jalan keluar supaya darah boleh terus mengalir. Utk mengatasi masalah ini, jangan duduk dgn melipatkan kaki (lunjurkan kaki) dan jangan berdiri lama-lama atau berjalan jauh atau angkat barang berat. Sebahagian urat akan hilang sebail bersalin tetapi ada juga yg kekal. 

    Ada tak apa-apa petua untuk hilangkan kesan urat yg timbul di kaki spt di betis & belakang lutut?
    **Urat timbul menjadi apabila kita berdiri atau duduk bagi tempoh lama tanpa mengalih kedudukan. Urat boleh timbul di mana sahaja di bahagian badan. Urat timbul semasa mengandung lazimnya akan hilang dgn sendiri selepas bersalin setelah berat badan turun. Tapi bukan semua urat akan hilang - ada yang kekal dan ada yang timbulkan rasa sakit kelak. Kalau anda masih muda, lazimnya urat timbul tidak sakit. Tapi bila usia meningkat, urat timbul lama-kelamaan akan sukarkan pergerakan (sebab sakit). Jadi, untuk mengurangkan urat timbul, amalkan naikkan kaki tinggi sedikit drp aras punggung dan luruskan kaki ketika duduk. Elakkan duduk bersila atau bersimpuh bagi tempoh lama tanpa ubah kedudukan. Elakkan memakai setokin ketat pada urat timbul - sarungkan stokin atas sedikit drp urat timbul. Luruskan kaki dan urut kedua-dua kaki dan di sekeliling urat timbul apabila berpeluang - contohnya selepas sembahyang sebelum anda tanggalkan telekung. Di lain masa, anda juga boleh urut sedikit minyak angin (sebarang jenama) sekali-sekala untuk membantu darah mengalir dgn lancar dan urat timbul di kaki akan hilang dgn sendirinya. Anda juga boleh jumpa doktor dan minta ia rekomen stokin elastik khas bagi membantu menyokong pengaliran darah di bahagian urat timbul. Pengambilan vitamin C juga membantu mengatasi masalah urat timbul - makan/minum banyak buah sitrus (oren, kasturi, lemon) dan mangga. Jangan biarkan urat timbul tanpa membuat sesuatu untuk baikinya. Selamat mencuba.

    Selepas ni kena tambah pengambilan vitamin C pula. Tak apalah demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Makan banyak pun, bukan menjamin cukup semua keperluan nutrien dalam tubuh badan. Kena tambah dengan supplement juga.

     Selingan sikit yer. Gambar Ana yang dah semakin gemuks - pipi yang dah mula chubby dan bontot pun dah makin melebar. kekeke..

     
     Lambaian si kecil untuk abah  (cameraman)

    Bersama anak-anak untuk sesi pendidikan mengenal alam dan aktiviti beriadah


     Sayang Adlin...muakss

      
    Khas untuk semua...

    Monday, April 04, 2011

    Anak saudara baru

    Oh..oh...oo
    No..no..
    Sekali lagi yer, ini bukan my new baby.
    Ini anak saudara Ana yang baru. Anak Muhaimi yang kahwin tahun lepas (Link INI dan INI)

    Welcome to the world, my sweet niece
    ANAS ANAQI B MOHD MUHAIMI
    8 MAC 2011

     Tangan-tangan yang mengganggu Anas supaya bangun dari tidur dan buka mata.

     Akhirnya... alahai si Anas ni berkerut dahilah pulak..

     Abah Anas (Muhaimi), Mak Honey (ibu saudara), Nenek (moyang a.k.a maktok Ana)
     Muka budak baru bangun tidur

     Muka masam sebab mama tak layan dia, asyik layan Anas sahaja.

     
    Abah tengah pujuk Adlin. Merajuklah tu...

     Jemari Anas

     Anas dipangku tok mama

    *Gambar-gambar di atas diambil ketika kami pergi melawat Anas di rumah tok dia (sebelah ibu Anas)

    Anas boleh kongsi bulan birthday dengan kakak Aqilah. hehehe...

    Sunday, April 03, 2011

    Aksi si Cilik Berbasikal



    Contest dianjurkan oleh kakyong.com dan syamilamohd.com

    serta ditaja oleh: 

    Gambar yang dipertaruhkan adalah:


     Nama Peserta: NUR ADLIN BT MIOR MOHD SHAHRIL
    Umur: 1 tahun 9 bulan
    D.O.B: 7 Jun 2009

    Aci tak guna gambar lama dan ramai-ramai, kakyong? Janji berbasikalkan dan ada aksi kan? Tapi pesertanya seorang sahaja iaitu seperti nama yang tertulis di atas. Yang lain-laian tu dah terlebih umur. ahaks! 
    Tak banyak aksi Adlin berbasikal. Ini gambar ketika dia dan kakak-kakak dia menolong mengacau abah mereka cuci kereta. Siap pakai CD lagi yer.
    Lihatlah aksi Adli macam MEM BESAR jadi penumpang sambil tengok tukang cuci basuh kereta.

    Tag:

    Followers

    Kami sudah ber-6... ^__^

    Kami sudah ber-6... ^__^