Monday, May 30, 2011

Mandi-manda di Feringghi

Masa kejadian-- Cuti Hari Pekerja
Lokasi-- Feringhi, Pulau Pinang
 Ana, Cik Abang dan anak-anak ikut si Honey (adik ana) pergi Feringhi.
Katanya, kawan dia buat photoshoot untuk pre-wedding
Dasyatkan orang-orang muda sekarang.
Tangkap gambar bukan sekadar semasa hari bertunang, akad nikah dan kenduri sahaja.
Sekarang dah ada plak photoshoot untuk prewedding.
Yang penting sediakan fulus sahaja. hehehe...

Alang-alang dah dok tepi pantai.
Memang tak sah main air. Kekononnn...
Niat asalnya memang begitulah.
Tetapi dah nama pun budak-budak yang jakun jarang jumpa air laut. muhaha...
Mula-mula, soalan anak-anak begini:
"Mama, boleh tak nak main air?"
"Ok, kena lipat seluar sikit sebab nanti basah seluar."
(Padahal, memang dah siap-siap bawa baju salin, cuma tak bagitau jer sebab tak mahu anak-anak mengharap sangat)
Pastu...takdan 5 minit...
"Mama, boleh tak nak mandi. Nak kena tukar baju tak?"
Alamak! Tak bawa pula baju mandi mereka.
"Takpalah, mandi jer pakai seluar jeans tu. Sat lagi tukar."
Apa lagi, melompat riang ria budak-budak tu.
Si Adlin sampai tak sempat nak bukak pamper. hahaha..
Cik Abang ada juga candid gambar anak-anak mandi pakai seluar jeans. kekeke..

Budak riang ria..

Suka tengok gambar ni. Nampak Iwani seronok sangat.

Si Anis yang begitu suka dan riang ria dengan air laut.

Aqilah dan Iwani yang kegembiraan

Budak kecik yang sangat-sangat berani.
Beberapa kali dipanggil dan diheret datang dekat sebab dia semakin menjauh dari pantai.

Hah!
Tertelan air lautlah tu..kekeke..

Empat orang anak dara pingitan..

Baru lepas kena heret. hehehe...

Alamak! Nampak perut boroilah, sayang.

Sebelum tukar baju, sempat lagi main pasir pantai.



Last but not least... Ana dan Si Honey
Gambar terpaksa di crop sebab nampak kakiku yang putih gebu itew.
Aurat...
Kang tak pasal-pasal kena sound lagi dengan cik abang.
Sempat Ana perasan dan terus tersenyum kepada si tukang amik gambar.
Gambar terkini, perut 7 bulan.
Nampak tak perut Ana yang macam muncit itu?
hehehe...





p/s: Hari ni besday Si Honey.
Moga panjang umur, murah rezeki dan cepat dapat jodoh
hehehe...

Friday, May 27, 2011

Hmmm...

Ibu mengandung ni suka emo terlebih lah.







Selalu moody.






Marah yang tak dapat dikawal-kawal.









Orang cakap silap sikit, dah tersentap hati.









Pastu mula lah nak mengalir air mata.









Tension memikirkan hal remeh temeh.







Orang lain takdak mende pun, dia terlebih-lebih emosi.






Esok-esok, anak keluar ikut perangai cenggini, siapa yang bersalah?








Hah! Tak ke naya?






Mintak simpang..huhu










Tak sukalah bila time cenggini.










Kena istighfar banyak-banyak









Nak bagi tenangkan hati....



Tuesday, May 24, 2011

Ana redha... semua ini rezeki..

Hari Khamis lepas pergi check up kat klinik desa- rutin biasa.
Kandungan dah masuk 7 bulan a.k.a. 28 minggu
Dapat keputusan HB-- macam tu jugak 10.5
Redha jer lah.
Berat naik lagi sekilo--jadi 48kg...dah nampak naik sekilo demi sekilo setiap bulan..eh..rasanya cam baru jer check up 2 minggu sudah...hehehe..kantoi..mujur misi tak suspect kencing manis
Kalau tak, sohih amik darah lagi untuk check kencing manis lagi.
Alah, memang tak ada pun- Riaknya!
Pastu misi perasan dalam gambar scan tulis XY
"Eh..eh..suhana.. rasa saya XY ni simbol untuk jantina anak pompuan"--- misi no. 1
"Bukan anak akak yg tiga orang tu semua perempuan ke?"--- misi no. 2
"Ooo..ya ka? Emm, tak perasan pula doktor ada letak simbol dalam gambar scan tu. Tak apalah, misi. Asalkan yang keluar ini sihat walafiat, pun dah syukur rahmat."--- Ayat penyedap hati. 
Bwuekkk!!! Lakonan semata-mata. Padahal dalam hati ntah apa-apa dah rasa. 
Eh, tapi takkan tak gembira pula? Takkan nak sedih kot? Tak patutlah Ana ni. 
Anak tu kan rezeki dari Allah.
Redha sajalah Ana...

Malam tu, saja buat-buat tanya kat cik abang
"XY tu genetik lelaki ke perempuan?"
"Kalau tak silap kalau yang campur tu perempuan. Kalau yang ada simbol yang sama tu lelaki. Kenapa?"
"Hmmm...nampaknya kali ni, anak perempuan jugak kot."
Terus gedebush..tidur, tutup muka dengan bantal.
Adoih laaa.. teruklah Ana ni. Kenapalah Ana ada perasaan dan harapan camni?
Sangat-sangat tidak sessuaii..okay!

Minggu ni, Isnin amik off petang--kena pi scan kat klinik kesihatan pulak + amik FBC
Alhamdulillah, bila nengok Hb..dah naik cantik--11--elok-elok jer
Masa jumpa doktor untuk scan pun, tak rasa susah hati dah.

Oh, yer. Malam sebelumnya..dah tetapkan dalam hati...no more hope.
Redha..redha..redha..
Anak perempuan ramai pun ok jugak. 
Boleh tolong Ana bila tua nanti.

Pasni, dah tak mau mengandung dah kot walaupun, kalau diikut-ikutkan masih mampu tambah lagi seorang--nak bagi cukup kuota 5 orang. hehehe...
Tapi bila memikirkan, keadaan mengandung kali ni dengan yang sebelum-sebelum ni...rasanya cam --- Ana tak larat dah le. Boleh tak kita stop setakat 4 orang jer, abang? Tapi dalam hati, suka anak ramai.
Poyolah Ana ni! Ujian yang sedikit pun tak mampu nak lalui..
Orang lain anak 7,8,9, 10..tak mengeluh pun.

Ok, berbalik kepada result scan petang tadi.
Alhamdulillah...
Jantung - ok
Kaki dan tangan- ok 
(harap kejadian INI yang berlaku pada Adlin masa baby tak berulang lagi)
Tulang belakang - ok
Mulut - ok-- takdak sumbing
Air ketuban - ok 
(ohh..semua anak-anak Ana ada masalah kurang air ketuban-- memang kena beranak awal)
Uri -- tak berapa ok..
huhuhhu...penghujung uri agak hampir dengan pintu.
Doktor suruh datang scan lagi 2 minggu.
Ayoyo...susah hati baliklah lepas ni.
Jantina-- Ana dah redha.
Kita tunggu lah time Ana beranak nanti.
Malas dah nak fikir benda-benda remeh.
Alahai...Ana lupa plak nak tanya berat baby.
Tapi masa Ana tanya saiz pembesaran baby, doktor cakap ok dan mengikuti usia kandungan---fuhh..lega.
No more small baby ya. Mama dah telan banyak vitamin ni.
huhuhu..
Selesai scan  dekat pukul 5 petang.
Ramai ibu mengandung yang datang untuk scan petang ni. Memang jenuh menunggu.
Amik Aqilah dan Iwani, terus pi shoping.
Beli susu Anmum-- stok dah habis.
Gigi plak asyik berdarah bila time gosok. Sohih, tak cukup kalsium.
Tulang punggung dah mula sakit dan sengal.
Tak boleh silap duduk atau tidur sikit, mesti sakit tak hengat.

Sudah..sudah.
Membebel pulak.
Hahaha..
Mood- campur-campur yer!
Sila jangan muntah.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Lamanya tak ber'update' blog Ana ni. Lama juga tak blogwalk. Rindu sangat. Hari Jumaat lepas, Ana memang plan nak masukkan entri. Sekali tak boleh log in sebab blogger ada problem. Terus tak ada mood nak masukkan cerita. Ces, alasan! Padahal, malas. kehkehkeh...
Tapi pagi ni, cerita ni kena keluar juga. Mesti dah ada yang asyik tersenyum simpul dari semalam. Hati berbunga-bunga. Rasa bahagia. Yer lah macam Ana rasa masa sambutan Hari Ibu hari tu. Walau pun, sepatutnya dan ramai yang berkata, tiada hari tertentu untuk sambutan-sambutan sebegitu sebab hari-hari adalah hari ibu. Tapi apabila tiba hari yang telah kerajaan isytiharkan sebagai hari untuk meraikannya, pasti terselit juga rasa bahagia itu.
Khas untuk cikgu-cikgu Ana yang dikasihi, saudara-mara, rakan-rakan dan tak lupa juga rakan-rakan blog yang bergelar 'CIKGU'--- SELAMAT HARI GURU! Semoga Allah melimpahi rahmat dan keberkatan kepada semua di atas jasa anda mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang yang berjaya.
*
*
*
*
*
Tak lupa juga untuk insan yang telah berada di sisi selama hampir 10 tahun... iaitu cik abang Ana. hehehe...
Istimewa buat suami, yang bertugas sebagai seorang pendidik--- SELAMAT HARI GURU, abang. Semoga terus cekal dan tabah mendidik anak bangsa meskipun semakin banyak cabaran, onak, duri dan rintangan yang mendatang.
* Maaf yer, ini gambar lama. Sebab tu, tema hari gurunya yang dah lepas.
Itupun Ana cilok dari koleksi cik abang. hehehe...

We love you, cikgu abah!
--Nur Aqilah, Nur Iwani dan Nur Adlin--
dan
Ana pun...hehehe..

Monday, May 09, 2011

Tengah tension!!!

Memang tak patut tau nak luah kat sini. Macam pentingkan diri sendiri. Padahal bukan Ana sorang jer yang lalui. Tapi nak letak jugak supaya akan sentiasa ingat. Ana tak suka...tak suka...minum ayaq gula. Masuk kali ni, dah 2 kali minum. Tension la. Hari tu minum masa perut 5 bulan. Ni minum lagi sebab dah masuk 7 bulan. Entah kenapa, kali ni rasa cam gemuruh sangat dan tak seronok. 
Mula-mula sebelum minum kena amik darah. Sekali kena Misi (nurse) yg tak reti cari urat. Dah tak nampak urat tak usaha plak nak guna tangan yang satu lagi. Tak pasal-pasal kena cucuk sekali lagi, di sebelah tangan kiri plak.Sakit woooo... sebab darah dah kuar sekerat tapi tak cukup kuantiti. Dia dok kata urat ana yang tenggelam dan darah tak mau keluar, cam Ana ni gemukss sangat. Padahal, sebelum-sebelum ni tak pernah pula misi-misi lain cakap urat ana ada problem. Pastu minum ayaq gula. Dalam ana dok terseksa nak bagi perabih minum ayaq yang sangat pekat likat itu, dia boleh pula dok bagi penerangan time tu. Weii... sabaq lah sat. Aku dok tengah telan ni. Kang termuntah balik nanti, tak pasal-pasal kena minum balik.
Pastu bawak darah tu pi makmal. Sekali lagi Hb Ana tetap di paras 10.5. Hampa  sungguh sebab dah melabur beli vitamin mahal + dengan Iberet. Rasa nak nangis pun ada jugak. Tak tau nak telan apa dah. Ni selepas 2 jam, kena pi amik darah lagi. Sohih dah kena amik darah untuk isi dalam 2 tabung uji kecik tu. Satu untuk nak tengok kandungan gula dalam darah dan satu lagi untuk buat full blood count
Huaaa....mood dah down lah. Nak tido japlah. Tak mau buat apa-apa. Dah ler keja syif petang hari ni. 
Huhuhu....

Friday, May 06, 2011

Jom kita tengok wayang kulit

Siapa pernah tengok wayang kulit?
Sila angkat kening..kekeke
Pernah dengar Wayang kulit Seri Asun atau  wayang kulit Gedek?
Wayang kulit yang sangat terkenal dan diasaskan oleh anak jati Kedah.
Ana pertama kali dengar semasa pengacara Aziz Desa mengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.
Tak ingatlah pula tahun berapa. Tapi yang paling ingat bunyi trademark suara Pak Majid yang juga terkenal dengan nama Etong. Huaaaaa...aaa..aaaqq...kekeke...
Kalau nak tahu lebih lanjut, google jer lah yer. 

Baru-baru ni ada aktiviti kebudayaan di taman perumahan berdekatan dengan rumah kawan cik abang.
Ana tak berapa tahu sangat aktiviti itu dijalankan sempena apa sebab Ana tak pergi tengok pun.
Cik abang cuma bawa Aqilah dan Iwani sahaja ke sana sambil melepak dengan kawannya.
Bila cik abang balik, Ana pun tanyalah.
Anak-anak tak boring ke?
Biasalah budak-budak. Lagipun wayang kulitkan terlampau sastera. Untuk budak-budak seusia mereka, apalah yang nak difahami sangat. Tapi, oklah dapat kenalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negara kita ni.
Meh nengok telatah mereka.
 Pentas @ skrin layar wayang kulit

Watak-watak dalam wayang kulit

 Aqilah dan Iwani di hadapan pentas

 Di belakang pentas @ skrin layar.
Menyibuk @ teruja?

Tok Dalang sedang memainkan watak

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^