Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana boleh detect Aqilah Disleksia?


Aqilah mula didedahkan dengan pendidikan semasa usianya 4 tahun (Pengusaha nurseri Aqilah sendiri yang ajar). Apabila umurnya meningkat 5 tahun, Ana dan cik abang masukkan dia ke Taski bersama-sama Iwani. Tetapi apa yang kami dapati, tahap penerimaan dia lemah dan boleh dikatakan sama taraf dengan Iwani. Bila usianya menginjak 6 tahun dan Iwani 5 tahun, nampak Iwani lebih berkebolehan. Ada juga beberapa kali, penyelia taski aka cikgu mereka memberitahu, Aqilah mudah lupa apa yang diajar apabila berpindah ke pelajaran baru. Misalnya, hari Isnin belajar Iqra muka surat 1, hari selasa belajar iqra muka surat 2--- bila ditanya kembali pada muka surat satu, dia tak dapat menjawab seolah-olah tak kenal huruf tersebut. Tapi kalau bab2 hafazan, dia ok. Sebenarnya Ana dah risau lama tentang perkembangan pembelajaran Aqilah. 

Ana dah banyak kali suarakan kerisauan ini kepada cik abang. Tapi kata cik abang, itu perkara biasa sebab Aqilah masih kanak-kanak. Alasan lain, Aqilah adalah anak pramatang. Ana mungkin bukan seorang ibu yang baik. Ana hanya boleh sediakan peralatan untuk mengajar tetapi sangat tidak sabar dan mudah marah apabila mengajar anak-anak. Terutamanya Aqilah. Kenapa? Dia nampak seperti berangan-angan, fikiran melayang. Bila diajar. Dia hafal. Bila ditanya kembali, dia akan merenung muka ana seolah-olah tak tahu apa-apa. Matanya…. Pandangannya.. renungannya serta memek muka dia… kadang-kadang buat rasa Ana rasa geram tapi dalam masa yang sama-- kasihan. 
Ketika itu, Ana rasa seperti dia banyak bermain-main. Ya Allah, Ana salahkan dia tak boleh baca sebab main-main. Ana ibu yang teruk. Sebab ana masih tak sedar itu adalah kekurangan dia. Dia nampak seperti telah mencuba tapi fikirannya tak dapat mentafsir apa yang dilihatnya/ dibaca. Ana stop mengajar dia sebab ana tak mahu terus memarahi dia. Ana sediakan buku tulisan kotak-kotak dan buku yang bergaris 3. Ana biarkan Aqilah dan Iwani menulis sendiri huruf-huruf ABC di dalamnya. 

Sampailah 2 minggu lepas, apabila cik abang sendiri melihat corak tulisan tangan Aqilah. Dan dia kata, Aqilah bukan tidak pandai tetapi Aqilah adalah kanak-kanak Disleksia. Kami mula cari simptom-simptom anak disleksia dia Internet. Rupa-rupanya, simptom-simptom itu dah ada sejak Aqilah kecil lagi (yang kami sangkakan adalah normal bagi perkembangan tumbesaran seorang anak pramatang seperti Aqilah). Cuma untuk setiap perkara tersebut mungkin dapat diatasi sebab dia melalui proses latihan yang berulang-ulang kali. Misalannya, pakai kasut terbalik (kiri-kanan) dan kayuh basikal sekerat pusingan. Simptom yang masih ada pula adalah seperti bila dipanggil, lambat menyahut—dia seperti tidak mendengar atau sedang berkhayal; bila diarahkan buat beberapa perkara dalam masa yang sama—dia tak dapat lakukan atau dia hanya memandang ke arah ana seperti tidak faham; dia akan bertanya tentang sesuatu berulang-ulang kali (mungkin soalan dia akan berbeza untuk perkara yang sama). Yang paling ketara adalah corak penulisan tangan dia. Nanti Ana cuba ambil contoh gambar cara dia menulis.

Langkah pertama, kami dapatkan confirmation dari pakar perubatan, pergi klinik kesihatan, buat pemeriksaan mata, buat temujanji dengan pakar paediatrik dan dapatkan surat sokongan daripada doctor. Buat kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (sebulan baru siap—tak tahulah kenapa perlu tempoh selama itu?).

Selepas ni kami akan bawa Aqilah untuk buat diagnosis tahap disleksia dia. Ujian ni biasanya dibuat oleh pakar Disleksia sendiri. So, setakat ni tak pasti nak hantar di KL atau Penang. Tapi, Insyaallah, Ana dan suami akan pergi yang terdekat dahulu. Nak tengok bagaimana keadaannya. Apa-apa perkembangan akan diberitahu nanti.
Berikut adalah simptom-simptom Disleksia yang kita semua boleh analisa untuk anak-anak kita. Maaflah yer, Ana copy paste dari laman web Persatuan Dyslexia Malaysia jer. Rasanya ia lebih terperinci.
  1. Difficulty with fastening coat, shoelace and tie.
  1. Shoes often on wrong feet, seeming unaware that they are uncomfortable
  1. Clumsy / Accident prone behavior.
  1. Difficulty hopping or skipping.
  1. Difficulty throwing, catching, or kicking a ball.
  1. Difficulty understanding propositions connected to direction ( e.g : in/out, up/down, under/over, forward/backwards )
  1. Difficulty in carrying out more than one instruction at a time.
  1. Possible history of speech development.
  1. Excessive spoonerism ( e.g : ‘par car’ for ‘carpark’, ‘bag and acorn’ for ‘egg and bacon’ )
  1. Difficulty in pronouncing multi-syllable words (e.g : ‘hopsital’ for ‘hospital’ )
  1. Difficulty in finding the name for an object.
  1. Confusion between left and right.
  1. Undermined hand preference.
  1. Poor handwriting with many reversals and badly formed letters.
  1. Inability to copy accurately, particularly from blackboard.
  1. Difficulty remembering what day it is, own birthday, address and phone number.
  1. Difficulty learning to tell time.
  1. Unsure about "yesterday" or "tomorrow".
  1. Difficulty remembering anything in sequential order (e.g. : day of the week, month of the year and multiplication tables).
  1. Poor reading progression on both look and say and phonic method.
  1. Excessive tiredness due to the amount of concentration and effort required often for very little result.
Apa yang penting--- Kenalpasti tingkahlaku anak-anak dari awal. Memang ia tiada ubat, tapi boleh diberi latihan yang berulangkali bagi memastikan dia boleh buat seperti anak-anak lain.

Paling utama-- doa ibu. Ya, doa Ana sebagai ibu untuk Aqilah. Ana yakin, Aqilah boleh lakukan. Insyaallah...semoga Allah menunjukkan jalan untuk Ana membimbing Aqilah.

Sunday, June 26, 2011

Semua anak adalah istimewa...LA TAHZAN!

Dah pernah tengok filem ni?
Dah 2 malam berturut-turut tengok filem ni.
Air mata? Takyah cakaplah. Merambu jer...
Memang sangat menyentuh hati dan perasaan.
Mungkin juga sebab ada kena mengena dengan diri sendiri.
Makanya diri menjadi begitu sensitif.


 My little Angel!

Apa-apa pun, tak boleh terus bersedih.
Mengambil kata-kata daripada sahabat baik --> LA TAHZAN!

Sekarang dalam perancangan.
Perlu daftar Aqilah di Pusat Persatuan Disleksia Malaysia
Beberapa perkara rutin pasti akan berubah.
Secara automatik, Aqilah tak akan habiskan pengajian di tadikanya.
Memang tak perlu dikejarkan sangat.
Tapi kalau didedahkan dengan lebih awal, mungkin Aqilah boleh masuk darjah satu tepat pada usianya.
Apa-apa pun perlu analisa terperinci peringkat/tahap disleksia Aqilah
Sebab kat hospital biasa, kita tak boleh tahu tahap dia.
Kita cuma boleh pergi dapatkan sokongan/ surat sokongan daripada doktor pakar.
Macam Aqilah ni, mula-mula cik abang buat appointment dan berjumpa dengan doktor pakar di Paediatrik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Pastu, jumpa dengan Jurupulih dari Unit Pemulihan Carakerja untuk kenalpasti perkembangan fizikal Aqilah.
Ada beberapa pihak lagi yang terlibat-- Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan dan Pusat Persatuan Disleksia Malaysia
Ana dah bawa Aqilah ambil gambar pasport untuk buat Kad OKU. huhu.. 
Cukuplah kot cerita.
Apa-apa perkembangan, akan story lagi nanti.

Thursday, June 23, 2011

NUR AQILAH dan DISLEKSIA @ DYSLEXIA !

Sekali lagi diuji
Ujian kali ni membuatkan An terfikir, adakah semuanya berpunca dari kesalahan dan kesilapan Ana sendiri
Ohhh...Ana bukan seorang ibu yang baik
Ana ni hot temper
Kalau marah-marah boleh pecah 1 rumah dengar suara Ana
huhu..
Truk kan?
Minggu lepas, cik abang Ana detect sesuatu dengan kekurangan Aqilah
Sesuatu yang memang Ana dah tau lama tetapi jahil tentangnya
Ana pun sebenarnya dah pernah bagitau hal ni pada cik abang, lama dulu
Tapi dia tak alert, Ana lagilah taktau
Rupa-rupanya selama ini Nur Aqilah
adalah kanak-kanak DISLEKSIA @ DYSLEXIA !
Hati ibu mana yang tak sedih, hancur, luluh... ^~^
Ana ingat dia akan membesar sebagai anak yang normal
Tapi tak sangka pula dia akan menerima ujian seberat ini dan ia akan kekal sehingga dia besar
Esok, cik abang Ana akan buat kad OKU untuk dia
OKU!
Ya Allah! Berat sungguh ujianmu ini.
Maaf.
Ana dah tak mampu nak tulis apa-apa lagi
Air mata dah merambu
NUR AQILAH...MAMA SAYANG KAKAK!
WALAU PUN KAKAK MACAM MANA SEKALIPUN, MAMA TETAP SAYANG AQILAH
WALAU APA PUN ISTILAH YANG MEREKA BERIKAN
AQILAH TETAP SAMA DI MATA HATI MAMA.....


Tuesday, June 14, 2011

Rombongan ke Pusat Sains Negara

Muka budak umur 6 tahun yang suka sebab dapat pergi rombongan tadika dia ke Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah.
First time nak bagi dia pergi sendiri tanpa Ana dan cik abang.
Cik abang kata tak payah ikut sebab nanti dia takkan berdikari sendiri. Lagipun, kami memang pernah pergi ke situ. Sesuai untuk anak-anak sekolah sebab pengunjung didedahkan dengan pendidikan secara amali. Ala-ala Petrosains jugaklah. Sesi lawatan ni memang menjadi aktiviti tahunan tadika anak-anak. Cuma mungkin tempat yang dilawati berbeza-beza dan tak mengambil  masa yang panjang. Pergi pukul 8 pagi, pukul 1 tengahari dah tiba semula kat rumah. Macam-macam cerita dia untuk adik-adik yang tak dapat ikut.
Iwani tak boleh pergi sebab rombongan tu hanya untuk budak umur 6 tahun jer.
Bukan senang nak jaga anak-anak kecik ni. Maklumlah budak-budak, banyak kerenah dan ulah serta maca-macam perangai. Ana tengok cikgu-cikgu sekolah depa, memang ana kagum sangat sebab cikgu-cikgu tu penyabar sangat.

Abah hantar ke sekolah. Bukan main lagi dia, seronok!
Dalam beg ada bekal air buah dan biskut.
Tinggallah mama, Iwani dan Adlin di rumah..

Peace untuk mama sebelum dihantar abah ke sekolah

 
Tersengih sampai kembang lubang idung..hehehe..

Wednesday, June 08, 2011

32 week-- Braxton Hicks or True Labor Contractions!

Pagi ni memang bikin hati Ana cuak yang amat sangat
Tak pasti pukul brapa, tapi rasanya dalam pukul satu pagi
Perut Ana mengeras, cekang dan makin lama makin rasa seperti contraction.
Beberapa lama sekali mesti rasa, cuma tak kuat sangat seperti betul-betul nak beranak.
Bila ke bilik air, dok tengok juga kot-kot ada tanda.
Dekat pukul 8 pagi, baru contraction ni stop.
Fuhh...harap-harap ia cuma Braxton Hicks or False Labor Contractions
Memang cuak habis sampai terus packing barang-barang baby, barang-barang Ana dan barang kakak-kakak yang akan dihantar ke nurseri sekiranya Ana admit wad.
Bila dah pekena Milo segelas plus biskut chipsmore, pastu Ana baring kejap.
Cuba juga berjaga-jaga kalau masih ada contraction.
Alhamdulillah. Dah stop ketika entri ni ditulis.
Sebenarnya barang-barang baby, apa pun ana tak packing lagi.
Baru 32 minggu. Kalau beranak sekarang, sohih jadi macam Aqilah.
Itulah yang amat ana takutkan.
So, hari ni Ana EL. Rehat kat rumah. Kalau jadi apa-apa, Ana angkut barang-barang tadi jer terus ke hospital.
Alahai baby, janganlah kuar lagi selagi tak cecah tempoh matang-- 36 minggu.
Bila dah lepas 36 minggu, Ana tak kisah sangat dah sebab doktor takkan letak baby dalam NICU kalau tak ada masalah kesihatan lain.
Apa-apa pun, minggu depan ada appointment dengan doktor pakar di hospital.
Doktor suspek baby kecil dari saiz sepatutnya tempoh kehamilan.
Itu memang dah agak-- semua kehamilan ana sebelum-sebelum ni pun sama juga.
Doktor panggil istilah IUGR- Intrauterine Growth Restriction
 Perbezaan antara sakit nak bersalin yang betul (True Labor Contractions) dengan Braxton Hicks (False Labor Contractions):

Contraction Characteristics
False Labor
True Labor
How often do the contractions occur?
Contractions are often irregular and do not get closer together
Contractions come at regular intervals and last about 30-70 seconds. As time goes on, they get closer together.
Do they change with movement?
Contractions may stop when you walk or rest, or may even stop if you change positions
Contractions continue despite movement or changing positions
How strong are they?
Contractions are usually weak and do not get much stronger. Or they may be strong at first and then get weaker.
Contractions steadily increase in strength
Where do you feel the pain?
Contractions are usually only felt in the front of the abdomen or pelvic region
Contractions usually start in the lower back and move to the front of the abdomen

If you are having Braxton Hicks contractions, you really don't need to do anything unless they are causing you discomfort. If they are making you uncomfortable try the following:
  • Take a walk. False labor contractions often stop when you change position or get up and walk.
  • Get some sleep or rest.
  • Relax.
  • Drink water, juice, or herbal tea.
  • Eat a snack or small meal.
  • Get a massage.
 Sumber * Ana ambil di SINI


Doa-doakanlah semoga semuanya selamat.
Huhuh..

Tuesday, June 07, 2011

Ya Allah... jadikanlah dia anak yang solehah!

7 Jun 2009 menjadi lakaran manis sekali lagi buat keluarga kecil Ana.
Yup!!
Lahir seorang lagi puteri yang diberi nama Nur Adlin Bt Mior Mohd Shahril.
Dan hari ini, 7 Jun 2011, genaplah usianya 2 tahun.
Cepatkan masa berlalu.
Rasanya, macam baru semalam ana melahirkan dia.
Anak paling mahal ni, sebab lahir kat hospital swasta.
Kakak-kakak dia dulu lahir kat hospital kerajaan jer.
Lepas ni dah tak boleh panggil adik dah.
Dah ada gelaran baru-- Kak Cik.. hehehe..
Semakin bijak dan semakin banyak akai (kata orang utara)
Paling garang daripada kakak-kakaknya.
Bersuara nyaring.
Suka rebut barang kakak tapi barang sendiri tak mau kongsi dengan kakak-kakak.
Bila bergaduh, suka cubit dan gigit kakak-kakak sampai kakak-kakak nangis (very der notty gurl!)
Kesian kakak, kena banyak beralah dengan dia.
Dah banyak vocab yang boleh disebut.
Nak tau binatang apa yang ditakutinya?
Miauw..miauww..
Kalau keluar makan di luar, dan di kedai tu ada kucing.
Siaplah menjerit-jerit ketakutan.
Pastu, menangis, melalak-lalak siap berjuraian air mata dan air hingus lagi.
(Caisss! Garang tapi takut kucing. Apadaaa.. Adlin ni.)
Sangatlah suka memanjat-manjat. Panjat pintu grill rumah, panjat sofa, panjat katil dan macam-macam lagi lah (ini kes tiru perangai kakak-kakak lah ni)

Tetapi ada satu perangai yang ditirunya yang benar-benar buat Ana rasa sejuk hati melihatnya.

*
*
*
*
*
Solat!
Tungging..tonggek...tungging...tonggek..
Apa-apa ajelah Adlin.
Asal tahu perkara asas.
Pasni, bila dah cerdik, mama ajar solat yang betul-betul.
Boleh solat jemaah dengan abah, mama, dan kakak-kakak.
Tengoklah aksi dia sedang bersolat.
Dia pinjam telekung kakak Wani.
Masa ni kami tinggal berdua sahaja (Ana baru lepas solat asar) sebab cik abang, Aqilah dan Iwani tak balik lagi dari kedai. Bila dah tinggal berdua, memang asyik nak berkepit saja. Bila dia cakap-- Mama, nak ayang.
Terus ana pakaikan telekung kakak dia.
Pakai telekung sahaja dah labuh merendam menutupi kaki. hikhik...

Baru nak duduk dan sujud

Sujud
Alamak! Nampak kakilah sayang.

Kusyuk!
Konon-konon sedang baca Al-Fatihah

Duduk antara dua sujud

haha..tengah solat pun boleh pandang kamera.
Cuma tak dan nak senyum jer...

p/s: Sila abaikan background bantal-bantal yang bertaburan di belakang tu yer.


Buat Puteri ketiga, Nur Adlin
Mama dan abah doakan Adlin membesar dan sihat selalu.
Jadi anak yang solehah dan hormat orang yang lebih tua.
Semoga menjadi anak yang cerdik dan bijak serta berjaya dunia akhirat.
Perangai yang nakal-nakal semasa kecil, janganlah dibawa sehingga besar ya.
Kena sayang kakak-kakak tau.
Abah, mama, kakak Aqilah dan kakak Iwani sayang Adlin!
Muakksss!!!


Monday, June 06, 2011

Bebas botol susu dan botol bebas BPA

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak Ana (Aqilah dan Iwani) berjaya diajar untuk tidak mengguna botol susu.
Mereka dah mahu minum pakai cawan biasa.
Lega...
Ini bermakna selepas ni dah tak payah bawa botol susu lagi kalau nak ke mana-mana.
Cuma bawa bekalan untuk Adlin sahaja.
Dan selepas ni, tak ada lagi susu yang tumpah di dalam kereta.
Dan lagi, dah boleh jimat banyak sebab tak perlu lagi beli botol dan puting susu yang bersilih ganti.
Ana mengaku Ana agak lewat ajar mereka.
Kadang-kadang sebab kesian bila melihat merengek nak guna botol susu.
Tapi kena ajar juga sebab Aqilah dah nak masuk darjah satu tahun depan.
Ana tak pernah dan tak akan berhentikan mereka daripada minum susu kerana mereka mengalami masalah kurang berat badan-- terutama sekali Aqilah.
Dalam masa yang sama, Ana juga dah buang semua botol susu yang ada BPA dan menggantikannya dengan botol bebas BPA untuk Adlin.
Alhamdulillah, mujur ada yang dijual dengan harga yang berpatutan dan mudah didapati di pasaraya-- Pureen 
^____^


 
 Ini adalah botol-botol yang terakhir digunakan oleh Aqilah, Iwani dan Adlin

 Botol untuk Adlin

Mula-mula tu, memang kakak-kakak mengamuk juga.
Jadi, Ana kena terang la kenapa mereka dah tak perlukan botol susu untuk minum susu.
Kalau pakai cawan, lagi mudah.
Ada masa untuk pancing mereka mahu minum pakai cawan, ana letak beberapa ketul ais.
hehehe...rasuah lah skit. Maklumlah sekarangkan musim panas.
Tapi Ana taklah bagi selalu, kang sakit tekak, batuk pula.
Kadang-kadang kalau mereka mengelat tak mahu minum susu guna cawan, Ana cakaplah badan akan kurang kalsium. Bila badan kurang kalsium, tulang tak kuat. Nanti sakit pingganglah, sakit kakilah.
Macam-macamlah lagi.
Ibu-ibu lain buat macam mana?
Ana ingat mak ana dulu letak sesuatu yang boleh bagi pahit pada puting botol.
Ana tak tahu apa bendanya.
Sebenarnya boleh kalau nak buat macam tu. Tapi anak-anak sekarangkan pandai.
Kalau ada yang tak kena pada puting atau botol susu-- Mama, belilah yang baru @ mama, basuhlah bagi bersih dan letak sabun banyak-banyak.
Haahaha.. macam-macam alasan yang boleh dicipta oleh anak-anak sekarang.
Apa-apa pun, Ana tentu sahaja nak ucapkan terima ksih kat Cik Abang atas sokongan yang diberi.
Kalau dia tak membantu, memang tak berjaya kempen ana ni.
So, ibu bapa kena sama-sama main peranan ya.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^