Monday, July 18, 2011

Sebuah kelahiran...

Salam semua
Maaf tak dapat menulis panjang
Sekadar update berita terkini tentang Ana
Ana sudah selamat bersalin pada 12 Julai 2011 (Selasa)
Pada pukul 6.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.
Jantina???

Alhamdulillah.. boleh seorang hero
Berat 2.55kg
Nanti saya upload gambarnya

Tungguuuuuuu...........


p/s:Tak sabar nak beronline semula

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday : Puding Nangka


Pernah dengar nama makanan puding nangka? Pernah rasa/ makan puding nangka?
1st time makan, dibuat oleh staf kat ofis. Ana pun taktau mana dia dapat resepi ni.
Sedap, rasa lemak-lemak macam puding roti dan rangup sebab ada buah nangka (raja segala angin).
Hehehe..cubalah.




Monday, July 04, 2011

Nyiuq muda aka kelapa muda

Waktu mengandung ni, elok makan isi dan minum air kelapa muda aka nyuq muda.
Orang tua-tua kata nak bagi dapat anak yang berkulit halus mulus dan cerdas akal fikiran. kekeke...iyolah tu.
Apa-apa pun, ayaq nyuq ni (sebutan orang utara) memang ada banyak khasiat.
Bila balik umah mak Ana (kampung), jaranglah nak miss minum airnya sebab dalam halaman rumah mak ada sepohon pokoknya yang renek jer dan berbuah lebat. Tak payah nak pakai galah pun.
Cuma nak kena merap orang tolong belah buahnya sahaja. 
Bila pekena dengan ais batu... perghhh...nikmat tak terkata. 
Anak-anak + anak menakan Ana pun cukup suka minum air kelapa.
Siap berebut-rebut lagi nak makan isinya yang lemak-lemak manis.
Tengoklah aksi mereka merapkan pak menakan aka Taufik (adik ana) amik dan belah kelapa muda.

Adlin dan Anis. Makan kongsi-kongsi yer, jangan berebut.

Dah dapat seorang sebelah. Iwani tengah tunggu bahagiannya.

Tunggu dengan penuh sabar. Menikmati isi kelapa muda di tepi longkang. kekeke...

"Kakak Anis, Adlin nak sikit."
Kakak Aqilah sampai terkakang duduknya haa...

Nyum..nyum...

Hehehe....

Pasni, mesti rindu nak mengandung balik. muhahaha...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^