Friday, August 12, 2011

Presenting my little hero...


Bersalin kali ni agak mudah tetapi perit.
Haha.. apalah cakap camtu.
Kali ni, tak bersalin kat hospital swasta. Tawakal jer bersalin kat hospital kerajaan.

Mengharapkan dapat layanan yang baik, dijaga aurat dan maruah ketika bertarung di dalam bilik bersalin. huhu...
Seperti mengandung sebelum-sebelum ni juga, Ana ada masalah yang sama.
Baby dalam kandungan kecil dari usia kandungan dan air ketuban kurang.
Last check up kat Klinik Pakar pada 11 Julai 2011, Hospital Tuanku Fauziah, doktor cakap air ketuban dah kurang banyak dan pintu dah buka 2 cm. Doktor minta admit wad hari tu juga untuk induce esok pagi.
Ana minta tangguh masuk petang (appointment pagi) sebab nak tunggu cik abang balik dari sekolah dan nak siap serba sikit barang-barang untuk anak-anak yang nak kena tinggal di rumah.
Seperti biasa juga bila dah diseluk di bawah, Ana akan mula rasa contraction.
Cik abang hantar Ana masuk wad pukul 6 petang.
Walaupun lapar, selera makan ana mati.
Tak tau nak makan apa.
 Bila diberitahu, nurse akan ambil CTG (graf jantung baby), Ana bangun pukul 3.30 pagi, bersihkan diri serba sedikit. Sebenarnya Ana langsung tak boleh tidur pun. Manalah nak boleh lelap dah, tambahan pula di wad hospital, susah hati pun ada juga. Takut kalau lepas doktor masukkan ubat induce pukul 7 pagi nanti, pintu tetap tak buka. Pastu, balik dok kat katil, Ana ambil minyak selusuh yang mama bekalkan. Mama kata kalau dah mula rasa sakit boleh sapu. Ana sapulah sikit. Tak lama pun. Tak lama lepas tu, Ana mula rasa contraction. Mula-mula rasa dalam 15 minit sekali. pastu makin kerap 10 minit, 5 minit. Biar betul nih?
Nasib baik nurse memang dok buat round untuk ambil tekanan darah dan check jantung anak. Ana terus bagitau dah mula rasa sakit. nurse ambilkan kerusi roda dan bawa Ana ke bilik pemeriksaan. Bila doktor check, pintu dah terbuka 9 cm.
Uuu mak aihh.. patutlah sakit sangat. memang dah tak payah induce dah kalau cenggini.
Tapi, dari pukul 4 pagi, pukul 6.13 minit si hero ni baru boleh keluar. Bayangkan hampir 2 jam meneran. Sakit tak terkata. memang letih sungguh. Bila keluar sahaja si hero ni, nurse tanya anak sebelum ni dah ada laki ke? Ana cakap semua perempuan. pastu, doktor yang sambut baby pula cakap, anak lelaki memang susah sikit nak keluar. Ye ke camtu? Maunya tak susah, 3 orang doktor datang tolong sambut. Sorang jaga jantung baby, Sorang pegang perut dan sorang lagi tolong sambut baby. Dasyat sungguh! kekekeke...
Itulah yang Ana cakap mudah tapi perit. Tak payah tunggu lama untuk menantikan pintu terbuka tetapi susah pula nak meneran nak bagi keluar. Sampai dah rasa putus asa. Mujur boleh juga bersalin biasa. Cuma rasa hairan juga sedikit, kenapa doktor tak guna alat bantuan kalau dah lebih dari sejam, baby masih belum keluar? Masa bersalinkan Adlin, bila doktor dah nampak Ana tak mampu nak teran dah, dia guna ventousse (alat bantuan seperti vakum) untuk menarik kepala baby. Ana tak sempat nak tanya tentang itu. Mungkin mereka lebih tahu. Apa-apa pun semuanya dah selamat.



*
*
*
*
*
*
*
*

Dua minggu mencari nama yang sesuai dengan sifat dan harapan Ana dan suami.
Mak mertua minta letak nama panjang sebab kali ni beroleh waris...kekeke...
Akhirnya kami pilih...
*
*
*
*
*
*
*
*
Mior Muhammad Ammar B Mior Mohd Shahril
12 Julai 2011
6.13 pagi
2.55kg
Inilah hero Ana...


Hari kedua kelahiran.



Minggu kedua, muka nampak susut sikit, berat badan pun kurang dekat 200gm jadi 2.3kg. 
Masa ni kuning Ammar tinggi, sebab tu berat badan dia turun.

Nantikan wajah terbaru selepas dicukur.



p/s: Maaflah lambat introduce.
Nak buat entri ni pun dah dekat sebulan baru boleh nak menulis.
Tak larat nak duduk lama-lama. 
Kalau setakat update sikit-sikit kat Facebook, takpe lagi sebab takyah nak karang apa-apa.
Nak-nak pula kelam kabut dengan anak-anak dara tu lagi. 
Banyak perkara yang masih berserabut.
Berpantang pula sorang-sorang. So, Ana dahulukan mana yang penting dahulu.
Syukur juga, kali ni boleh bercuti lama sikit. Ana pilih cuti 3 bulan. Bolehlah bagi hero Ana ni besar sikit sebelum dihantar ke nurseri. Bila dah start keja, sohih susah dah nak beri tumpuan sepenuhnya.
Bila dah ada peluang ni, Ana nak jadi suri rumah sepuas-puasnya. hehehe...

Tuesday, August 09, 2011

SALAM RAMADAN AL MUBARAK



Ramadan datang lagi. Maaf yer sebab lambat nak ucap SELAMAT MENYAMBUT DAN MENJALANI IBADAH PUASA. Sedih skit sebab kali ni, Ana bercuti panjang. Almaklumlah masih dalam nifas.huhu... ini kali pertama, Ana bersalin dan menjalani tempoh berpantang dalam bulan puasa. Orang lain berpuasa, Ana sedap melantak. Pasni, jenuh lah nak qada balik.hehehe...tapi letih tetap sama sebab kali ni berpantang bersendirian. Minggu pertama dan kedua sahaja ditemani mama Ana dan diikuti mak mertua Ana. Pastu all alone lah yer. Mana nak layan 3 power puff girl lagi. Mujur juga cik abang banyak membantu. Apa-apa pun, buat semua rakan-rakan blogger... selamat berpuasa!

KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011



Ibu-ibu ini sanggup berkumpul semata-mata untuk mendapatkan hak menyusu anak walau di mana-mana sahaja dan bukannya di dalam tandas atau di tempat-tempat terpencil @ terpesorok.
Penyusuan susu ibu di khalayak ramai atau di tempat terbuka semakin diiktiraf oleh masyarakat.
Ia bukan satu jenayah.
Hellooo... takkan nak bagi anak makan pun menjadi satu kesalahan besar?
Takkan kita sanggup membiarkan baby kita melalak menagis kelaparan semata-mata tiada tempat untuk menyusu sekiranya kita berada di tempat awam?

Ikhlas... bila Ana tengok video ini, meremang bulu roma Ana. Betapa bersemangatnya ibu-ibu ini.

Untuk kelahiran kali ini, Ana tak perlu lagi rasa malu untuk menyusukan baby di khalayak ramai terutamanya apabila berada di tempat awam.
Ohh...Ana kan suka jalan-jalan..shopping..jadi tak perlu lagi berlari-lari ke nursing room sekiranya baby melalak nak susu.
Boleh terus BF baby dalam keadaan sopan dan menutup aurat.
Insyaallah... semoga dipermudahkan perjalanan niat ini.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^