Wednesday, September 28, 2011

BAIBOO Stock Clearance Sales

Sesapa yg dok area KL boleh la pi. Syoknya kalo dok sana, boleh shopping barang baby dgn harga murah. Jimat banyak.

Wednesday, September 07, 2011

Suasana Di Hari Raya - Asyila Putri Azhar (Upin & Ipin).flv

Sepanjang balik ke kampung sama ada keluarga di sebelah Ana mahupun di sebelah cik abang, lagu inilah yang berputar berulang-ulang kali. Lagu favourite anak-anak sampaikan Aqilah dan Iwani dah boleh hafal setiap patah lirik dalam lagu ni. Yang paling tak tahan nak tergelak bila si Adlin sebut 'tok dalang' -- 'yom ayam'...hehehe...jauh bebenar bunyinya chek oii..
Masa beraya di rumah mak mentua kat Nilai, Cik abang bawa kami anak beranak beraya ke rumah kawan sekolahnya, Redza di Shah Alam. Kebetulan adik si Redza ni yang namanya juga Aqilah bekerja di Les' Copaque. Macam bertih jagung jer kakak Aqilah bersembang dengan kembar namanya. Entah apalah yang diceritakannya. Skali Aqilah (adik Redza) keluarkan duit raya. Berebut anak-anak dengan abah mereka nak dapatkan sampul duit raya yang ada gambar upin ipin. Hehehe.. bukannya berebut nak duit raya tp sampul duit raya yang dikutip. Almaklumlah ada kartun upin ipin...sabor jerlah.
Jomlah layan lagu raya favourite tahun ni.


Monday, September 05, 2011

Cukur Rambut

14 Ogos 2011, Ahad-- genap umur Ammar 31 hari

Rambut Ammar dicukur oleh bidan yang sama cukur rambut kakak-kakaknya, kaklong Bahiyah.
Kaklong ni juga yang mengurut Ana. Cuma bersalin kali ni jer, kaklong tak urut Ana sebab Ana berpantang di Perlis. Cik abang carikan bidan urut yang tinggal berdekatan dengan rumah. Oklah, asalkan dapat berurut. Tapi nanti nak berurut juga lagi sekali sebab beranak kali ni kan teruk skit.

Gambar yang diambil semasa rambut Ammar dicukur.

Lenanya dia tidur...

Menanti saat-saat rambut akan menjadi korban. hehehe...

Fokus jauh sikit...

Bismillahirrahmanirrahim...

 
 Kaklong sedang cukur rambut Ammar

 Tok mama ampu Ammar

Dah botak separuh kepala

Kakak Aqilah dengan Ammar botak

Kakak Wani dengan Ammar botak

Si kecik yang dah jadi kakak pun nak riba Ammar botak.
Dia yang terlebih excited
Ammar tidur yer...agaknya itulah yang dibisik kakak Aqilah pada Ammar

Secara rasminya, saya dah botak.
Hehehe...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^