Saturday, December 31, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama



Lagu kesukaan Aqilah, Iwani dan Adlin selepas tengok kumpulan Boboi dalam rancangan Maharaja Lawak Mega

Saturday, December 24, 2011

Sekitar Seminar Kesedaran Disleksia

Hari tu Ana paparkan gambar-gambar yang diambil dari FB Dr Aziz di SINI. Kali ni Ana nak tunjuk pula gambar-gambar dari kamera cik abang Ana. Maaflah, dah berkurun, baru Ana dapat cerita di blog.

Sebelum itu sedikit cerita tentang perkembangan terkini Aqilah -- Ana dan Cik Abang dah ambil keputusan untuk menghantar Aqilah ke Pusat Disleksia di Pulau Pinang. Ini bermakna Aqilah akan lewat masuk ke sekolah rendah. Selasa lalu (20 Disember 2011), cik abang dah bawa Aqilah ke Pusat Disleksia Pulau Pinang buat ujian penilaian (assesment) untuk menentukan tahap disleksia (level of dyslexia) - mild, moderate, severe
Ujian penilaian ini perlu dan penting supaya guru dapat menentukan cara untuk mengajar anak disleksia.
Nampak seperti Ana serahkan tanggungjawab mengajar Aqilah kepada guru PDM sepenuhnya.
Oh, jangan salah faham. Ana sendiri masih belum ada cara bagaimana hendak memberi latihan kepada Aqilah. Ana mungkin lemah dari segi cara hendak mengajar dia menulis dan membaca.
pendekatan ana lebih kepada cara Aqilah membuat sesuatu kerja sendiri.
Dia perlu belajar berdikari. Tapi apa-apa pun, Ana dalam proses hendak belajar cara nak ajar Aqilah menulis, membaca dan mengira. Insyaallah, bila dah tengok silibus yang diperolehi daripada guru PDM, baru Ana boleh merancang strategi yang betul.
Nanti Ana kongsikan sedikit apa yang diperolehi daripada seminar tersebut.
Kali ni meh kita jenguk-jenguk telatah anak-anak kat seminar tersebut.

Baru sampai, semasa pendaftaran.

Close up--Diapit Aqilah dan Iwani

Ammar bersama Dr Aziz
Adlin bersembunyi di belakang stroller Ammar

 
Bergambar di hadapan pintu dewan seminar

Ammar ketika usia 3 bulan

Iwani yang dah mula boring dan mula buat kuak lentang atas kerusi, mujur kami duduk agak belakang, jadi tak ada ler mengganggu peserta lain. heheh...

 
Orang kuat PDM
 Suasana dalam dewan, ketika kami baru sampai

 
Suasana ketika seminar berlangsung
Di bawah ni adalah gambar-gambar antara peralatan alat bantu mengajar anak-anak disleksia




Anak Disleksia saya -- Nur Aqilah


Mama saya kamu




Friday, December 09, 2011

9 tahun bersama...

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami sehingga akhir hayat
Permudahkanlah urusan kami dalam membesarkan dan mendidik anak-anak kami,
agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Kurniakan bagi kami rezeki yang melimpah ruah dan halal
Tetapkanlah iman kami agar kami sama-sama dapat berada di syurgaMu
Aminn...




p/s: Honeymoon (9 tahun yang lalu) kat pekan koboi -- Sungai Lembing, Pahang. Ketika cik abang praktikal di sana.

Saturday, December 03, 2011

Blog Title dan blog description sudah berubah

Sayang sebenarnya nak ubah.
Sayang sangat-sangat.
Tambah-tambah dah jadi trademark sejak mula menulis blog.
Begitu juga sebahagian besar watermark pada gambar ada namanya.
huhu..
Tapi atas sebab-sebab tertentu, ditambah pula matlamat utama lebih kepada cerita tentang anak-anak,
aktiviti dan kesukaan kami, makanya dengan rasminya,  
blog title dan blog description ana berubah kepada seperti yang anda semua lihat.
Lebih kurang semangat untuk sambutan Awal Muharam
^_____^

Yang baru


Bye bye yang lama.
Akan sentiasa menjadi kenangan


Doakan yang terbaik untuk kami.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^