Monday, November 12, 2012

Istanbul Aku Datang

http://instagr.am/p/R6giXqHs-4/

1st time masuk pawagam bawa Ammar. Adalah jgk dia buat perangai. Yerla..manalah dia nk paham crita tu. Sbnrnya nk tgk katun tp biasala...kalo p main terjah2 tanpa plan ni mmg jarang bnasib baik. Tu pun mujur ada gak filem yg bole bwk masuk budak2. Aqilah & wani mgkn faham tp Adlin xtau la. Hahaha...
Filem ni biasa2 ja. Jln crita senang diagak apa nk jd pas satu babak ke satu babak. Bolelah setakat nk layannn... Tp adalah beberapa scene & dialog yg cam kurang sensitiviti ttg Islam. Xyah crita byklah. Tgk sendiri & fikir2kanlah. Kita amik sudut yg positif sudah. Yg x molek tu kena terang kat anak2 jgn ikut yer...

Adlin & Ammar

http://instagr.am/p/R7agY5ns6C/

Thursday, September 27, 2012

Sarapan ala-ala mak saleh... puding roti

Selalunya kalau ada saki baki roti yang tak habis, Ana akan buat puding ni. Tapi yang penting kena ada cukup bahan utama seperti roti (ofkoslahkan), susu cair/ susu segar, telur. Selalu-selalunya Ana buat kuah kastad untuk penyedap rasa sebab puding tak buat manis. 
Nak tau sebenarnya buat puding ni sebab gas umah mak abis. Jadi tak leh nak goreng cucur udang yang dah siap dibancuh. So, sarapan pagi minggu lepas puding roti. sebab masak dalam oven jer. Sonang sungguh. Bakar lebih kurang 20-30 minit. Kting! Siap! Dan adunan cucur udang terpaksa disimpan dalam peti ais. hahaha....

Kuah likat ala-ala macam kat atas ni. Tapi ni gambar lama. Ni pun feveret Aqilah jugak nih.

Tetapi kali ni malas nak buat kuah kastadnya, so dah letak gula lebih skit bagi manis. Opss..no no no... ini puding akan di ngap oleh Ammar juga so no gula. Tetapi diganti dengan puri kurma, puri labu, susu fresh yang lemak berkrim. Kat tengah layer dia Ana tabur saki baki cheese dan lobak merah yang disagat halus dan puri seleri. Anak-anak tak perasan sangat ada sayuran dalam tu. Hehehe..taktik nak paksa anak makan sayur kena bagiuhhh punya.


 Alamak terlupa pula nk close up sikit bagi nampak layer yang kat tengah dia.

 Aqilah yang dapat habiskan sepotong senyum kekenyangan. Kenyang lah sangat tuh...

 Budak ni champion, sekali makan 3 potong non stop.
Dalam masa 30 minit, tinggal suku potong dari saiz bekas tu untuk bahagian abah depa. Hehehe...

 Budak ni memain jer lebih. Kalau suap baru mau makan.
Tengok tu, butang baju pun terbuka. Tak senonoh!
Cekcilah Ammar oiii.. mujur awak tu hero. So boleh tayang body. Haha..

Alamak, tak lekat pula gambar Adlin. Dia susah skit makan. Pagi-pagi dah mintak susu sebotol.
Mau tak kenyang.

 Dah mula dok tak diam

 Dah nak meragaih dah
Pinggan pun dah terlangkup ke lantai

 Akhirnya... mengamuk bila disuruh makan elok-elok
Bila diletak pinggan kat depan, ditelangkup dan ditolak ke tepi atau dalam erti kata lain, dibaling. Mujur pinggan plastik nak oii...

 Buat drama sedih dah

Adakah mak kamu ni seorang yang kejam? kekeke...
Last, kena angkat dan pujuk-pujuk.
Jom-jom semua pegi mandi.
Apadaaa.. makan sarapan tapi semua busuk tak mandi lagi termasuk maknyer. hehehe...
Yang penting jaga perut dulu. Bila dah kenyang, barulah tak buat perangai yer.

Oh, sila abaikan amukan budak di atas. Budak tu kekurangan kasih sayang aka manja-nakkan-perhatian.

Sekian

Monday, September 24, 2012

Penkek kasih sayang mama

Bila Ammar dah start makan solid food dan dah tumbuh gigi, rajin jugaklah mama dia ghodek2 dalam Internet cari resepi-resepi makanan baby.
Buat kuih atau dessert yang boleh Ammar dan kakak-kakak makan sama.. termasuklah mama dan abah dia juga. Hahah..pemalaih sungguh buat asing-asing.
Yang paling penting Aqilah yang cerewet makan suka. Ohh, saya sangat pening bila selera anak-anak tak sama. Susah nak juga nak cari feveret mereka selain sup dan ayam goreng. huhu...
Sekarang cerewet tu dah berjangkit kat Adlin pula. Huwaa..
Tapi Ana tak risau sangat sebab berat badan dia maintain + dia kerap minum susu.
Aqilah jer yang terlebih ringan.
Kalau adik-adik tolak pun boleh terjatuh. huhu...

Meh la nengok mak punya penkek yang diberi nama seperti di atas... ^___^

Adunan yang telah dibancuh. Ana masuk semua bahan dalam blender sajek. Sonang koje mak!

Untuk hasil yang menarik dan cantik, pakai fried pan yang tak melekat dan bersaiz diameter lebih kurang
5 inci. Barulah adunan dapat dikawal saiznya dan  terbentuk cantik.

Kasi close-up skit

Close-up lagi dekat..gebuss mak punya lempeng zaman moden...ahaks!

Emm.. nampak menarik tak? Aqilah panggil kuih bulat. Haha..

Untuk kanak-kanak atas 2 tahun atau orang dewasa, boleh makan dengan pelbagai perisa seperti jem (strawberry etc...), coklat, peanut butter, mayonis pun boleh...suka-hati-rasa-lidah-sendirilah...hehehe...

Feveret anak-anak mesti nak kena ada butter dan madu

Ohh, untuk Ammar tak ada hiasan segala seperti di atas. Bagi makan kosong jer...cian Ammar..

Untuk anak-anak bawah 2 tahun, boleh ganti gula dengan puri kurma atau labu manis atau pisang emas.
Mmm..memang marbelesss!!

Thursday, September 20, 2012

Bunga-bunga kembang di taman...oppss..dalam opis jer...

 Lavender penyejuk mata

 Ohh..sila abaikan botol plastik yang merangkap balang yer



Close up skitt



 Sejambak lagi letak sebelah sofa, bertentang dengan meja kerja. Senang bila stress tengok jer gubahan bunga tu depan mata, sure lega



 Kelopak yang dah gugur boleh buat potpouri

Tuesday, September 18, 2012

Sweet Mama from Google ... ^____^

Google ni pun rajin juga mencuit hati dan perasaan. Tersentuh juga hati ni dengan imej search box Google minggu lepas. Kepilkan gambar ni untuk kenangan. Pasni mungkin dah tak jumpa dah kan.
Hmm... suka sangat tengok. Rasa macam sejuk mata memandang.

Friday, September 14, 2012

Mari membaca : Kongsi cara nak didik anak

Salam hari Jumaat buat semua,
Minat nak update blog dah jadi macam chipsmore..sekejap ada, sekejap tak ada. Adalah sebab dan musababnya. Adalah juga kena mengenakan dengan bab privasi. Tapi apa-apa pun, keinginan untuk meninggalkan kenangan agar dapat ditatap oleh anak-anak suatu hari nanti tetap bernyala-nyala. Haha... apa kes?

Baru-baru ni ana terjumpa satu buku ni yang agak memberi sentapan pada hati ai sebagai sorang mak yang beranak empat. Oh..oh..walaupun dah anak empat nampak sangat ai sebagai seorang mak begitu banyak kekurangan, lompong di sini sana, lohong, berlubang...segala serba serbi mak nenek lagi lah. Makna kata ibu-ibu muda sekarang yang mungkin baru beranak satu lebih mahir dan berilmu dari ai sebagai ibu yang beranak empat. Ai ni kurang membaca, walaupun ada juga dok beli majalah PAMA. Semua yang dilalui hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri dan suami serta selitan nasihat/ pandangan dari parents dan saudara mara. Isu yang menyusu terutamanya. Dah masuk anak empat baru nak terhegeh-hegeh nak usahakan diri untuk melaksanakan penyusuan penuh. Pastu bab penyediaan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Patutlah anak-anak agak memilih untuk makan. Rupa-rupanya mungkin dari salah diri sendiri juga yang tidak praktik penyediaan makanan berkhasiat untuk anak-anak sejak dari kecil. Bila dah besar anak-anak dah pandai memilih makanan yang mereka nak makan. Sayuran memang dah tolak ke tepi awal-awal lagi. Kalau yang makan pun mungkin lobak merah, sayur jagung dan cendawan.
Ibu-ibu muda sekarang ni lebih bijak. Dengan adanya kemudahan FACEBOOK, wujud pula kumpulan perbincangan seperti Kumpulan Ibu Menyusu (membincangkan isu & permasalahan tentang susu ibu) dan Homemade solid food for your baby (HSFFYB) yang membincangkan isu-su berkaitan penyediaan pemakanan yang sihat untuk bayi dan kanak-kanak. Segala ilmu, petua dikongsi dan banyak manfaat boleh diperolehi daripada kumpulan ini.

Ohh...ke laut sungguh ana berceloteh. Sebenarnya nak kongsi tips dari buku yang telah menyentapkan hati mak nih! Hehe... takpe. Better late then never. Betul tak? Apa-apa pun niat untuk membesar dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang bijak, bertakwa dan berjaya dunia akhirat tercapai tak kisahlah dengan apa cara didikan yang diberikan asalkan tidak terpesong dari landasan agama. Meh kita kongsi serba sedikit ilmu dari minah salleh nih. Ini adalah yang ana faham dan ana translate dalam bahasa yang mudah. Tetapi kalau ada kesilapan dalam proses alih bahasa ni, ana mohon maaf banyak-banyak yer.
Kata Kristina Murrin ada 10 langkah untuk mendidik anak-anak yang sihat dan gembira:
1. Diet pemakanan yang sihat
2. Senaman kecergasan/ aktiviti fizikal
3. Tidur/ rehat yang mencukupi
4. Pelajaran/ pendidikan
5. Kasih sayang dan doa -spiritual/ dalaman/ rohani
6. Disiplin dan sempadan
7. Keterlibatan ibu bapa dalam kehidupan/ aktiviti anak-anak
8. Hormat/ tangggungjawab
9. Keselamatan
10. Komunikasi

Haa.. dapat bayangkan tak daripada point2 yang disenaraikan di atas? hehe...tengoklah bila2 rajin kita share lagi tips2 nak jadi mak nih..ahaks! Kalo ada tips tambahan, bolehlah share sesama kat sini. Untuk yang berminat nak tau lebih lanjut penerangan tentang point2 di atas boleh dapatkan buku ini di pasaran. Ceh! Siap promo macam lah leh dapat percent! Kekeke... taklah...sharing is caring kan... berkongsi ilmu itu lebih baik, supaya sama-sama boleh dapat manfaat...


Thursday, August 30, 2012

Lunch+ Dating dengan mama









Sekarang ni, balik dari sekolah tengahari sure dia request nk makan. Selera makin besar tapi badan tu dok kecik macam tu juga. Hehe...apa2 pun waktu tu lah saja waktu kualiti kami bersama. Waktu tu la nak ajar adab, tegur, berleter dll. Waktu lain dh terbahagi untuk adik2 dia. Pas makan, kena hantar ke sekolah Iwani pula belajar Iqra. Tengahari agak kelam kabut sikit sebab Ana nak kejan masuk ofis balik. Apa2 pun takpelah bekorban waktu rehat untuk anak2. Mujur sekolah-ofis-rumah-kelas iqra dekat2 jer. Dari satu tempat ke satu tempat dalam 10 minit jer. So, ngam2 ler 1 jam sampai ofis balik. At least takdelah yang akan mengata ana mengulat waktu kerja kan? Rezeki yang ana terima masih halal. hehehe...
Mama sayang kakak!

My little hero

Hero sorang ni dah semakin banyak akai. Tapi bila nengok dia tertidur masa ana dok iron baju...cian la plak. Tunggu mama buat keja sampai tertidur. Ngantuk sangatlah tu

Friday, August 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blog yang sudi membaca blog
Love and Soul - My Inspiration

Tuesday, May 22, 2012

Wajah terbaru Aqilah

Dah tak nampak macam gugurl dah. Ana dah cantas sampai pendek. Hari-hari waktu pagi ana selalu kena pesan sikat rambut elok-elok. Tapi dia selalu sikat halai balai @ ala kadar hasilnya sebelah atas kemas, hujung rambut serabut kusut. Selalu terkocoh-kocoh sikatkan semula rambut dia. Hari sabtu lalu, ana terus zass rambut dia sampai pendek. Hasilnya seperti yang anda dapat lihat. Haha... Sabor ajalah. Selepas ni projek nak cantas rambut si Ammar pula. Sudah ada anak rambut yang menutupi kedua-dua cuping telinga dia.

Thursday, May 10, 2012

Ammar dan LEGO

Mainan yg original keluaran LEGO ni mmg agak mahal. Cik abang ana lah ni. Sanggup jgk bli demi membantu merangsang kreativiti anak2. Agak-agak apalah imaginasi si ammar ni ya? Alahh...jgnlah fikir tak ada duit tak boleh nak rangsang anak2 untuk menjadi kreatif. Skrg ada macam2 cara yg kita boleh cipta permainan kretif untuk anak2. Cuma tinggal nak dengan taknak buat sahaja. hehee... Selamat berkreativiti!

Friday, April 27, 2012

Triffle epal

Rupanya memang sangat tidak indah. Ana hanya guna bahan2 yg ada di dapur saja. Kebetulan tak ada buah dalam tin tapi ada epal yg baru dibeli untuk buat puri Ammar. Ada byk biji lagi. Cilok sebiji, potong dadu kecik2. Sedap juga sebab ada rasa lembut kastad dan jeli serta ada rangup buah epal.
Mangkuk yang besar tu tak berapa menjadi sebab lapisan kastadnya pecah dan terbuka. Bila ana tuang lapisan jeli, habis semunya turun menyerap ke bahagian kek di bawah. huhu...
Kalau nak lebih sedap dan cantik boleh tambah krim.

Thursday, March 22, 2012

Cik Abang kena operate hidung!

Seminggu cuti sekolah kami sekeluarga berkampung di Nilai.
Cik abang ana nak buat pembedahan hidung. Nak bagi muncung jadi macam Pak Pie. Hahahaha!
Lawak jerlah.
Sebenarnya dia dah lama menderita sakit, susah nak bernafas kerana sebelah hidungnya dah tersumbat. Bila terkena jangkitan selsema lagi bertambah teruk. Kadang-kadang sampai sakit kepala, tidur sampai berjam-jam lamanya, mengalahkan budak kecik tidur).
Dan akhir-akhir ni dia kerap mengeluarkan kahak yang mengandungi darah.
Ke klinik dah berkali-kali, begitu juga hospital kerajaan. tetapi paham-paham ajerlah kalau ke hospital kerajaan-- temujanji demi temujanji untuk satu-persatu prosedur memakan masa sampai berminggu-minggu, kadang-kadang mencecah ke bulan-bulan.hehehe...
Dah ler kena amik masa waktu persekolahan (cik abang pun keja gomen gak weh)
Selalunya bila masuk temujanji yang ketiga, keempat dan seterusnya, dia memang takkan pi dah.
Letih ooo tetiap kali kena minta permission dari bos untuk keluar ke hospital.
So, rawatannya akan stop sampai situ sahaja.
Esok-esok bila sakit balik, pi pulak.
Macam tulah dari setahun ke setahun sehinggalah penghujung tahun 2011, dia dah tak tahan dah.
Ana pun tak tahan sebenarnya bila dia asyik tidur sahaja tambah-tambah waktu siang. Mana dengan nak buat kerja rumah lagi, anak-anak lagi. Tak larat nak melayan sorang diri. Letih! Malam takpelah sebab ana pun tidur juga. kekeke...
Bila dia terjumpa dengan salah sorang doktor ENT kat hospital kerajaan, baru dia tau punca sebenar sakitnya. Rupa-rupanya tulang hidung dia dah bengkok di sebelah lubang. Penyelesaiannya adalah melalui pembedahan. Tapi confirmlah, kalau buat kat hospital kerajaan kena tunggu giliran lagi.
Melainkan ada duit untuk buat kat hospital swasta.
Alhamdulillah, mujur amik insuran. Bolehlah insuran cover kos rawatan. Kalau duit sendiri memang tak mampu dengan kos yang cecah ribu raban. Walaupun minor operation jer pun.
Bila ana google istilah tulang hidung bengkok ni, ana terjumpa istilah perubatan ni Deviated Septum
Kalau salah harap maaf. Kot-kot ada doktor ker atau pakar perubatan baca blog picisan ni, boleh lah depa perbetulkan pemahaman ana ni.hehehe....bwuekkk! perasan!

Macam ni lah lebih kurang rajah rentas dalam hidung cik abang Ana. hehehe...Ana Google jer ni

 

Sedikit penerangan dari sumber di atas:

Nasal septal surgery for deviated nasal septum. The nasal septum divides the nasal cavity into two halves. A deviated septum adversely affects breathing through both halves. Correction helps with snoring and sleep apnea as well as daytime breathing. Nasal surgery may include sinus surgery for chronic sinus infection and turbinoplasty for chronic turbinate enlargement.

Harap-harap cik abang semakin pulih dari luka pembedahan.
Dan hidung pun semakin terpacak macam anak mami walaupun muka macam cina
Ahaks!

Tak sabar nak tunggu bulan April
14 Mac lalu Aqilah dah genap 7 tahun
Suka bila tengok dia dah boleh kenal huruf dan nombor

Thursday, March 01, 2012

Setelah sekian lama...

Salam sejahtera semua...Apa khabar? Dah tebal sawang kat blog ni. Hahaha...dasyat sungguh mood weng Ana kali ni. Weng sebab berjauhan dengan Aqilah, weng dengan kerja yang kian bertambah-tambah, weng dengan rumah yang jarang berkemas dan dah macam tongkang pecah, weng dengan stok ebm Ammar yang dah zero, yillekk...
Huwaaaa...camna nak buat ni?
Takpe...takpe...rileks Ana. Kita selesaikan pelan-pelan. Jangan marah-marah, jangan moody-moody. Laksanakan dengan senyuman dan penuh keikhlasan.Hahaha...weng lagi mak budak ni. Sapa yang nak tolong jadi orang gaji Ana sila angkat keyboard? hahaha...tak taulah bila nak stop weng ni?
Ok, kita tinggal bab ni sat...
Nak cerita perkembangan terkini selepas 2 bulan tidak bersiaran.
Aqilah dah genap 2 bulan di Pusat Disleksia cawangan Pulau Pinang. Alhamdulillah, sudah nampak perkembangan walaupun agak lambat. Dah mula kenal huruf. Cuma kadang-kadang ada juga huruf-huruf yang dia akan tulis terbalik. On Off, kadang-kadang ok, kadang-kadang sebaliknya tapi tak teruk macam dulu. Kalau selepas 3 bulan ni, kordinator dia beri laporan ok, boleh la kami bawa dia balik bersekolah di Perlis. Tak sabar nak tunggu hujung bulan Mac. huhu...
Nur Iwani, sambung di tadika yang sama. Alhamdulillah, bila kakak tak ada, dialah yang jadi kakak pada Adlin dan Ammar. Banyak perkara yang boleh diharap kat dia. Misalnya, tolong jaga Ammar. Kalau Ammar menangis, abah dia tak ada dan Ana sedang sibuk buat kerja rumah, dialah yang Ana harap untuk jaga Ammar. Dia pandai dodoikan Ammar sampai terlena semula. hehehe...tepuk3x
Dari segi pembelajaran, dia semakin nampak peningkatan. Dah boleh kenal huruf.
Nur Adlin, si kecil yang hyper ni dah semakin keletah bercakap. Bila dah boleh mulut ni, pot pet pot pet. Bukan setakat berleter kat Ana dan abahnya sahaja, kadang-kadang, dengan Ammar pun kena juaga--"Ammar ni! Ammoi,lampau." Oh ayat siapakah itu? hahahaha....
Kalau kakak nak menulis, dia pun mesti nak juga pen dan kertas. Ulangan, pen dan kertas yer, bukan pensel dan kertas. Oh! Sudah banyak juga karya-karya kreatif dia dia dinding. Macam-macam ada, gajah, pokok...OMG! Sabor ajerlah. Cik abang kata, biarlah dulu dia menyonteng. Tunggu dah besar sikit, barulah nak dicat semula dinding tu.huhuhu...
Ammar si hero Ana yang seorang ni dah masuk 8 bulan usianya. Masih minum susu badan ana dan dah mula makan moi/ bubur. Baru boleh meniarap dan berguling-guling. Dah pandai buat wau bulan dan cak cekuk. Dah boleh duduk dalam walker. Hehehe...kalau kakak-kakak agah, gelak mengekek-ngekek. Sangat-sangat senang dijaga. Yang penting kenyang dan bersih (tak yayak atau pampers tak penuh).
Tapi masalahnyer, stok ebm ana dah habis gara-gara kerap skip dari memerah (sebab terlampau sibuk dengan kerja dari penghujung Januari hingga hujung Februari). Huhu...sadis tau. Alangkah best nya kalau dok kat rumah jer, leh bagi direct takyah peningkan kepala nak perah dan simpan stok. Hahaha...iyolah ana ni. Alasan macam-macam. Malam ni kena try buat power pumping. Doa-doakan Ana yer.

Bak kata Adlin..."Oklah"...nanti kita sambung story mori lagi yer. Weng lagi dengan topik campur-campur ni.

Sunday, January 29, 2012

Ustaz Ismail Kamus - Jika Lewat Bangun Solat Subuh


Waaa..pernah tak jadi, kita yang dah dewasa ni terbabas dari tidur? Bila dah terbabas, alamatnya, terlepas solat subuh. Huhuhu..itulah, dah lama sangat tak pi dengar ceramah agama @ pi mengaji, mujurlah sekarang ni dah ada macam2 kemudahan. Dengan teknologi rakaman (video @ kamera handphone) - cermah2 agama dapat disebarkan melalui internet. Senangkan? Apa saja yang kita nak tahu pasal bab2 agama, taip jer nama ustaz/ustazah mana dan tajuk yang kita nak tau..walllaaa...muncul di skrin komputer. Jadi selepas ni, kalau ada sapa2 yang terbabas solat (bukan untuk yg sengaja melewat2kan solat yer), dah tahulahkan jawapannya...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^