Thursday, March 22, 2012

Cik Abang kena operate hidung!

Seminggu cuti sekolah kami sekeluarga berkampung di Nilai.
Cik abang ana nak buat pembedahan hidung. Nak bagi muncung jadi macam Pak Pie. Hahahaha!
Lawak jerlah.
Sebenarnya dia dah lama menderita sakit, susah nak bernafas kerana sebelah hidungnya dah tersumbat. Bila terkena jangkitan selsema lagi bertambah teruk. Kadang-kadang sampai sakit kepala, tidur sampai berjam-jam lamanya, mengalahkan budak kecik tidur).
Dan akhir-akhir ni dia kerap mengeluarkan kahak yang mengandungi darah.
Ke klinik dah berkali-kali, begitu juga hospital kerajaan. tetapi paham-paham ajerlah kalau ke hospital kerajaan-- temujanji demi temujanji untuk satu-persatu prosedur memakan masa sampai berminggu-minggu, kadang-kadang mencecah ke bulan-bulan.hehehe...
Dah ler kena amik masa waktu persekolahan (cik abang pun keja gomen gak weh)
Selalunya bila masuk temujanji yang ketiga, keempat dan seterusnya, dia memang takkan pi dah.
Letih ooo tetiap kali kena minta permission dari bos untuk keluar ke hospital.
So, rawatannya akan stop sampai situ sahaja.
Esok-esok bila sakit balik, pi pulak.
Macam tulah dari setahun ke setahun sehinggalah penghujung tahun 2011, dia dah tak tahan dah.
Ana pun tak tahan sebenarnya bila dia asyik tidur sahaja tambah-tambah waktu siang. Mana dengan nak buat kerja rumah lagi, anak-anak lagi. Tak larat nak melayan sorang diri. Letih! Malam takpelah sebab ana pun tidur juga. kekeke...
Bila dia terjumpa dengan salah sorang doktor ENT kat hospital kerajaan, baru dia tau punca sebenar sakitnya. Rupa-rupanya tulang hidung dia dah bengkok di sebelah lubang. Penyelesaiannya adalah melalui pembedahan. Tapi confirmlah, kalau buat kat hospital kerajaan kena tunggu giliran lagi.
Melainkan ada duit untuk buat kat hospital swasta.
Alhamdulillah, mujur amik insuran. Bolehlah insuran cover kos rawatan. Kalau duit sendiri memang tak mampu dengan kos yang cecah ribu raban. Walaupun minor operation jer pun.
Bila ana google istilah tulang hidung bengkok ni, ana terjumpa istilah perubatan ni Deviated Septum
Kalau salah harap maaf. Kot-kot ada doktor ker atau pakar perubatan baca blog picisan ni, boleh lah depa perbetulkan pemahaman ana ni.hehehe....bwuekkk! perasan!

Macam ni lah lebih kurang rajah rentas dalam hidung cik abang Ana. hehehe...Ana Google jer ni

 

Sedikit penerangan dari sumber di atas:

Nasal septal surgery for deviated nasal septum. The nasal septum divides the nasal cavity into two halves. A deviated septum adversely affects breathing through both halves. Correction helps with snoring and sleep apnea as well as daytime breathing. Nasal surgery may include sinus surgery for chronic sinus infection and turbinoplasty for chronic turbinate enlargement.

Harap-harap cik abang semakin pulih dari luka pembedahan.
Dan hidung pun semakin terpacak macam anak mami walaupun muka macam cina
Ahaks!

Tak sabar nak tunggu bulan April
14 Mac lalu Aqilah dah genap 7 tahun
Suka bila tengok dia dah boleh kenal huruf dan nombor

21 comments:

  1. akak, suami akak dah buat ke surgeri ni..ok x..sebab saya akan buat jugak nanti.

    ReplyDelete
  2. Ok..slps operate, dok hospital 2 hari, pas buka gauze(kapas) dlm hidung dah boleh balik. Byk ubat juga yg pihak hospital bagi, untuk sembur dlm hidung ada 3 jenis + ubat makan lag. Lepas 2 minggu dah boleh bw kereta dah. Tp doc ada pesan jgn dok dlm suasana panas dlm tempoh tu.

    ReplyDelete
  3. ok kak..ada perubahan tak kak lepas operate tu..

    ReplyDelete
  4. Dulu dia hanya mengguna sebelah lubang hidung untuk bernafas. Skrg, Alhamdulillah, dia sudah semakin mudah bernafas.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kak, sy pun da operate...alhamdulillah ok dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tentu dah makin rasa selesa ketika bernafas..take care ya!

      Delete
  6. salam, sy br ja buat operation lbh kurang sama la dgn abg ana. Dia ada kena jahit tak dlm hidung? benang tu perlu doktor buang atau hilang sendiri? brp lama tempoh utk sembuh? apa rawatan yg abg ana buat lps operation tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..mmg ada jahitan kat sblh dlm. Kalau tak silap benang tu reput sendiri. Lama jgk nak baik tu....xde buat rawatan apa..just p follow up checkup shj

      Delete
  7. salam, sy br sj buat operation lbh kurang sama mcm abg ana. dlm hidung dia ada jahitan tak? benang tu doktor buang atau tanggal sendiri? apa rawatan yg abg ana buat lps operation?

    ReplyDelete
  8. Saya pun ada masalah yg sama...asyik mc je..sukar bernafas sebab masalah hidung ni.kje pun tergangu.tido pun masalah...lama ke operate?brp lama dok hospital?brp lama kna dok umah sblum bole kerja balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kat hosp kjaan..mmg lmbt sbb tggu Q..kami buat kat swasta, hri ni p check, esok admit, lusa dah buat operation, 2 hari slps operate dh discaj. Operation dr pkul 2 masuk bilik ot..dlm pkul 5ptg++ dah kuar dr bilik ot..so mcm minor operation jer. Buat operation dlm cuti sekolah sminggu, dpt mc lagi 2 mggu, pastu sambung lg seminggu..so dekat sebulan jgk

      Delete
  9. suami ana ada sakit tmpt jahit tak lps operation? sy dah dkt 4 mggu operation skrg sakit makin kuat lak. suami ana pantang tak makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sakit jgk..pastu ada lah jgk berbau busuk. Lepa p check rupa2nya ada darah beku. Pas cuci oklah. Kalao sakit better p check balik.Mgkn ada something...X pantang apa pun,cuma elak mknan yg bole bg gatal & sejuk. Tp mknan mestilah yg cukup khasiat. Mkn pati haruan nk bg cepat sembuh luka dlmn. Pergilah check...supaya sakit tu x melarat. Ana doakan nana cepat sembuh..

      Delete
  10. abg ana sakit tak lps 2 3 mggu opetation? makan dia pantang tak? lama tak amik masa utk sembuh, agak2 lama mana yer? saya lps 4 mguu makin sakit pulak tmpt jahit tu

    ReplyDelete
  11. brapa kos rawatan pembetuln tulng hdung tu

    ReplyDelete
  12. salam..nak tanya,saya bru je lpas g jmpe pkr ENT,dan die bgtau msalah sy sme dgn cik abg saudari,Saya nak tau berapa kos sebena surgery die eh.?..terima kasih..=)

    ReplyDelete
  13. salam,sya bru berjumpa dgn paka ENT,dan mempunyai msalah yang sama dgn cik abg saudari,saya nak tanya berapa kos pembedahannye eh..?

    ReplyDelete
  14. Aku bru ja lpas operate trim tlg hdung, kos bt dkt KPJ dlm 14k cmtu la,klau nk p GH alamat thn dpn bru bt la jwbnya.

    ReplyDelete
  15. Nak tanya hidung lepas operate dah jadi bentuk lain ke...dah lari dari bentuk asal mcm org buat plastic surgery pulak..en. hubby dah x ensem mcm dulu lagi

    ReplyDelete
  16. kak nk tnyer pas operate ader kesan x?

    ReplyDelete
  17. Baru lepas buat minor operation semalam..alhamdulilah hari ni dah keluar..
    Masalah yang sama, tulang bengkok...
    Ni dah boleh benafas lebih baik

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^