Thursday, March 01, 2012

Setelah sekian lama...

Salam sejahtera semua...Apa khabar? Dah tebal sawang kat blog ni. Hahaha...dasyat sungguh mood weng Ana kali ni. Weng sebab berjauhan dengan Aqilah, weng dengan kerja yang kian bertambah-tambah, weng dengan rumah yang jarang berkemas dan dah macam tongkang pecah, weng dengan stok ebm Ammar yang dah zero, yillekk...
Huwaaaa...camna nak buat ni?
Takpe...takpe...rileks Ana. Kita selesaikan pelan-pelan. Jangan marah-marah, jangan moody-moody. Laksanakan dengan senyuman dan penuh keikhlasan.Hahaha...weng lagi mak budak ni. Sapa yang nak tolong jadi orang gaji Ana sila angkat keyboard? hahaha...tak taulah bila nak stop weng ni?
Ok, kita tinggal bab ni sat...
Nak cerita perkembangan terkini selepas 2 bulan tidak bersiaran.
Aqilah dah genap 2 bulan di Pusat Disleksia cawangan Pulau Pinang. Alhamdulillah, sudah nampak perkembangan walaupun agak lambat. Dah mula kenal huruf. Cuma kadang-kadang ada juga huruf-huruf yang dia akan tulis terbalik. On Off, kadang-kadang ok, kadang-kadang sebaliknya tapi tak teruk macam dulu. Kalau selepas 3 bulan ni, kordinator dia beri laporan ok, boleh la kami bawa dia balik bersekolah di Perlis. Tak sabar nak tunggu hujung bulan Mac. huhu...
Nur Iwani, sambung di tadika yang sama. Alhamdulillah, bila kakak tak ada, dialah yang jadi kakak pada Adlin dan Ammar. Banyak perkara yang boleh diharap kat dia. Misalnya, tolong jaga Ammar. Kalau Ammar menangis, abah dia tak ada dan Ana sedang sibuk buat kerja rumah, dialah yang Ana harap untuk jaga Ammar. Dia pandai dodoikan Ammar sampai terlena semula. hehehe...tepuk3x
Dari segi pembelajaran, dia semakin nampak peningkatan. Dah boleh kenal huruf.
Nur Adlin, si kecil yang hyper ni dah semakin keletah bercakap. Bila dah boleh mulut ni, pot pet pot pet. Bukan setakat berleter kat Ana dan abahnya sahaja, kadang-kadang, dengan Ammar pun kena juaga--"Ammar ni! Ammoi,lampau." Oh ayat siapakah itu? hahahaha....
Kalau kakak nak menulis, dia pun mesti nak juga pen dan kertas. Ulangan, pen dan kertas yer, bukan pensel dan kertas. Oh! Sudah banyak juga karya-karya kreatif dia dia dinding. Macam-macam ada, gajah, pokok...OMG! Sabor ajerlah. Cik abang kata, biarlah dulu dia menyonteng. Tunggu dah besar sikit, barulah nak dicat semula dinding tu.huhuhu...
Ammar si hero Ana yang seorang ni dah masuk 8 bulan usianya. Masih minum susu badan ana dan dah mula makan moi/ bubur. Baru boleh meniarap dan berguling-guling. Dah pandai buat wau bulan dan cak cekuk. Dah boleh duduk dalam walker. Hehehe...kalau kakak-kakak agah, gelak mengekek-ngekek. Sangat-sangat senang dijaga. Yang penting kenyang dan bersih (tak yayak atau pampers tak penuh).
Tapi masalahnyer, stok ebm ana dah habis gara-gara kerap skip dari memerah (sebab terlampau sibuk dengan kerja dari penghujung Januari hingga hujung Februari). Huhu...sadis tau. Alangkah best nya kalau dok kat rumah jer, leh bagi direct takyah peningkan kepala nak perah dan simpan stok. Hahaha...iyolah ana ni. Alasan macam-macam. Malam ni kena try buat power pumping. Doa-doakan Ana yer.

Bak kata Adlin..."Oklah"...nanti kita sambung story mori lagi yer. Weng lagi dengan topik campur-campur ni.

1 comment:

  1. Ana,
    sibuk uruskan anak2 dan rumahtangga ye. tp nampaknya penuh tanggungjawab tu.

    best je kak ida dengar keletah anak2 ana, lain anak lain ragamnya kan...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^