Thursday, August 30, 2012

Lunch+ Dating dengan mama









Sekarang ni, balik dari sekolah tengahari sure dia request nk makan. Selera makin besar tapi badan tu dok kecik macam tu juga. Hehe...apa2 pun waktu tu lah saja waktu kualiti kami bersama. Waktu tu la nak ajar adab, tegur, berleter dll. Waktu lain dh terbahagi untuk adik2 dia. Pas makan, kena hantar ke sekolah Iwani pula belajar Iqra. Tengahari agak kelam kabut sikit sebab Ana nak kejan masuk ofis balik. Apa2 pun takpelah bekorban waktu rehat untuk anak2. Mujur sekolah-ofis-rumah-kelas iqra dekat2 jer. Dari satu tempat ke satu tempat dalam 10 minit jer. So, ngam2 ler 1 jam sampai ofis balik. At least takdelah yang akan mengata ana mengulat waktu kerja kan? Rezeki yang ana terima masih halal. hehehe...
Mama sayang kakak!

2 comments:

  1. Tetap sy anak2...wlu mereka mcm mana pun...sebagai ibu..anak2 adalah harta paling berharga. Tapi bila kawan akak ada sorang anak autisme citer psl pengalaman dia berkumpul ngan ibu2 ada anak autisme...kebanyakannya byk mengeluh dan menyalahkan takdir..mm..
    Salute ngan kawan akak ni...dia sanggup berhabis beratus ringgit setiap bulan utk hantar anak dia ke kelas khas, dia pun sanggup gi kursus utk memahami sifat2 autisme. Demi utk anak dia berdikari dan tidak menyusahkan sesape jika dia dan somi dh takde nanti..mm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul cakap akak tu. Mengeluh & menyalahkan takdir bukan jalan penyelesaian. Anak2 istimewa ni mungkin takkan jadi sama seperti anak2 yang normal. Sebab tu kita dah kena tetapkan matlamat kita kita nak didik bukan untuk bagi mereka ni dapat nombor satu atau sentiasa ada dlm kelas yang bijak pandai tapi matlamat utama skrg ni nak didik mereka agar boleh hidup di atas kaki sendiri, berdikari & bijak menguruskan hidup bila kita sbg mak pak dah tak ada nanti...cabaran pada kita sbg mak pak nak pastikan adik-beradik yang lain sentiasa bantu membantu, sayang menyayangi bersatu hati jadi bila susah..sama2 susah...senang sama2 senang...huhu...

      Delete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^