Friday, September 14, 2012

Mari membaca : Kongsi cara nak didik anak

Salam hari Jumaat buat semua,
Minat nak update blog dah jadi macam chipsmore..sekejap ada, sekejap tak ada. Adalah sebab dan musababnya. Adalah juga kena mengenakan dengan bab privasi. Tapi apa-apa pun, keinginan untuk meninggalkan kenangan agar dapat ditatap oleh anak-anak suatu hari nanti tetap bernyala-nyala. Haha... apa kes?

Baru-baru ni ana terjumpa satu buku ni yang agak memberi sentapan pada hati ai sebagai sorang mak yang beranak empat. Oh..oh..walaupun dah anak empat nampak sangat ai sebagai seorang mak begitu banyak kekurangan, lompong di sini sana, lohong, berlubang...segala serba serbi mak nenek lagi lah. Makna kata ibu-ibu muda sekarang yang mungkin baru beranak satu lebih mahir dan berilmu dari ai sebagai ibu yang beranak empat. Ai ni kurang membaca, walaupun ada juga dok beli majalah PAMA. Semua yang dilalui hanya berdasarkan pengalaman diri sendiri dan suami serta selitan nasihat/ pandangan dari parents dan saudara mara. Isu yang menyusu terutamanya. Dah masuk anak empat baru nak terhegeh-hegeh nak usahakan diri untuk melaksanakan penyusuan penuh. Pastu bab penyediaan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Patutlah anak-anak agak memilih untuk makan. Rupa-rupanya mungkin dari salah diri sendiri juga yang tidak praktik penyediaan makanan berkhasiat untuk anak-anak sejak dari kecil. Bila dah besar anak-anak dah pandai memilih makanan yang mereka nak makan. Sayuran memang dah tolak ke tepi awal-awal lagi. Kalau yang makan pun mungkin lobak merah, sayur jagung dan cendawan.
Ibu-ibu muda sekarang ni lebih bijak. Dengan adanya kemudahan FACEBOOK, wujud pula kumpulan perbincangan seperti Kumpulan Ibu Menyusu (membincangkan isu & permasalahan tentang susu ibu) dan Homemade solid food for your baby (HSFFYB) yang membincangkan isu-su berkaitan penyediaan pemakanan yang sihat untuk bayi dan kanak-kanak. Segala ilmu, petua dikongsi dan banyak manfaat boleh diperolehi daripada kumpulan ini.

Ohh...ke laut sungguh ana berceloteh. Sebenarnya nak kongsi tips dari buku yang telah menyentapkan hati mak nih! Hehe... takpe. Better late then never. Betul tak? Apa-apa pun niat untuk membesar dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang bijak, bertakwa dan berjaya dunia akhirat tercapai tak kisahlah dengan apa cara didikan yang diberikan asalkan tidak terpesong dari landasan agama. Meh kita kongsi serba sedikit ilmu dari minah salleh nih. Ini adalah yang ana faham dan ana translate dalam bahasa yang mudah. Tetapi kalau ada kesilapan dalam proses alih bahasa ni, ana mohon maaf banyak-banyak yer.
Kata Kristina Murrin ada 10 langkah untuk mendidik anak-anak yang sihat dan gembira:
1. Diet pemakanan yang sihat
2. Senaman kecergasan/ aktiviti fizikal
3. Tidur/ rehat yang mencukupi
4. Pelajaran/ pendidikan
5. Kasih sayang dan doa -spiritual/ dalaman/ rohani
6. Disiplin dan sempadan
7. Keterlibatan ibu bapa dalam kehidupan/ aktiviti anak-anak
8. Hormat/ tangggungjawab
9. Keselamatan
10. Komunikasi

Haa.. dapat bayangkan tak daripada point2 yang disenaraikan di atas? hehe...tengoklah bila2 rajin kita share lagi tips2 nak jadi mak nih..ahaks! Kalo ada tips tambahan, bolehlah share sesama kat sini. Untuk yang berminat nak tau lebih lanjut penerangan tentang point2 di atas boleh dapatkan buku ini di pasaran. Ceh! Siap promo macam lah leh dapat percent! Kekeke... taklah...sharing is caring kan... berkongsi ilmu itu lebih baik, supaya sama-sama boleh dapat manfaat...


No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^