Monday, September 24, 2012

Penkek kasih sayang mama

Bila Ammar dah start makan solid food dan dah tumbuh gigi, rajin jugaklah mama dia ghodek2 dalam Internet cari resepi-resepi makanan baby.
Buat kuih atau dessert yang boleh Ammar dan kakak-kakak makan sama.. termasuklah mama dan abah dia juga. Hahah..pemalaih sungguh buat asing-asing.
Yang paling penting Aqilah yang cerewet makan suka. Ohh, saya sangat pening bila selera anak-anak tak sama. Susah nak juga nak cari feveret mereka selain sup dan ayam goreng. huhu...
Sekarang cerewet tu dah berjangkit kat Adlin pula. Huwaa..
Tapi Ana tak risau sangat sebab berat badan dia maintain + dia kerap minum susu.
Aqilah jer yang terlebih ringan.
Kalau adik-adik tolak pun boleh terjatuh. huhu...

Meh la nengok mak punya penkek yang diberi nama seperti di atas... ^___^

Adunan yang telah dibancuh. Ana masuk semua bahan dalam blender sajek. Sonang koje mak!

Untuk hasil yang menarik dan cantik, pakai fried pan yang tak melekat dan bersaiz diameter lebih kurang
5 inci. Barulah adunan dapat dikawal saiznya dan  terbentuk cantik.

Kasi close-up skit

Close-up lagi dekat..gebuss mak punya lempeng zaman moden...ahaks!

Emm.. nampak menarik tak? Aqilah panggil kuih bulat. Haha..

Untuk kanak-kanak atas 2 tahun atau orang dewasa, boleh makan dengan pelbagai perisa seperti jem (strawberry etc...), coklat, peanut butter, mayonis pun boleh...suka-hati-rasa-lidah-sendirilah...hehehe...

Feveret anak-anak mesti nak kena ada butter dan madu

Ohh, untuk Ammar tak ada hiasan segala seperti di atas. Bagi makan kosong jer...cian Ammar..

Untuk anak-anak bawah 2 tahun, boleh ganti gula dengan puri kurma atau labu manis atau pisang emas.
Mmm..memang marbelesss!!

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^