Thursday, September 27, 2012

Sarapan ala-ala mak saleh... puding roti

Selalunya kalau ada saki baki roti yang tak habis, Ana akan buat puding ni. Tapi yang penting kena ada cukup bahan utama seperti roti (ofkoslahkan), susu cair/ susu segar, telur. Selalu-selalunya Ana buat kuah kastad untuk penyedap rasa sebab puding tak buat manis. 
Nak tau sebenarnya buat puding ni sebab gas umah mak abis. Jadi tak leh nak goreng cucur udang yang dah siap dibancuh. So, sarapan pagi minggu lepas puding roti. sebab masak dalam oven jer. Sonang sungguh. Bakar lebih kurang 20-30 minit. Kting! Siap! Dan adunan cucur udang terpaksa disimpan dalam peti ais. hahaha....

Kuah likat ala-ala macam kat atas ni. Tapi ni gambar lama. Ni pun feveret Aqilah jugak nih.

Tetapi kali ni malas nak buat kuah kastadnya, so dah letak gula lebih skit bagi manis. Opss..no no no... ini puding akan di ngap oleh Ammar juga so no gula. Tetapi diganti dengan puri kurma, puri labu, susu fresh yang lemak berkrim. Kat tengah layer dia Ana tabur saki baki cheese dan lobak merah yang disagat halus dan puri seleri. Anak-anak tak perasan sangat ada sayuran dalam tu. Hehehe..taktik nak paksa anak makan sayur kena bagiuhhh punya.


 Alamak terlupa pula nk close up sikit bagi nampak layer yang kat tengah dia.

 Aqilah yang dapat habiskan sepotong senyum kekenyangan. Kenyang lah sangat tuh...

 Budak ni champion, sekali makan 3 potong non stop.
Dalam masa 30 minit, tinggal suku potong dari saiz bekas tu untuk bahagian abah depa. Hehehe...

 Budak ni memain jer lebih. Kalau suap baru mau makan.
Tengok tu, butang baju pun terbuka. Tak senonoh!
Cekcilah Ammar oiii.. mujur awak tu hero. So boleh tayang body. Haha..

Alamak, tak lekat pula gambar Adlin. Dia susah skit makan. Pagi-pagi dah mintak susu sebotol.
Mau tak kenyang.

 Dah mula dok tak diam

 Dah nak meragaih dah
Pinggan pun dah terlangkup ke lantai

 Akhirnya... mengamuk bila disuruh makan elok-elok
Bila diletak pinggan kat depan, ditelangkup dan ditolak ke tepi atau dalam erti kata lain, dibaling. Mujur pinggan plastik nak oii...

 Buat drama sedih dah

Adakah mak kamu ni seorang yang kejam? kekeke...
Last, kena angkat dan pujuk-pujuk.
Jom-jom semua pegi mandi.
Apadaaa.. makan sarapan tapi semua busuk tak mandi lagi termasuk maknyer. hehehe...
Yang penting jaga perut dulu. Bila dah kenyang, barulah tak buat perangai yer.

Oh, sila abaikan amukan budak di atas. Budak tu kekurangan kasih sayang aka manja-nakkan-perhatian.

Sekian

6 comments:

  1. hehe..akak tak penah langsung wat puding roti ni, ngee..malu jer kan..
    sebab anak2 ngan suami akak lebih suka roti bakar, roti telur....sandwich pun dorang tak suka..mm..

    Tp tgk anak2 suhana semua suka makan..bagus lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes roti nak expired, sbb tu buat jgk. kebetulan pula gas kat umah abis, nak tggu cik abg p bli gas, lambat lah nk mkn. Budak2 ni biasalah, asal bgn tidur jer, lapar. Macam mak depa jgk..hehehe

      Delete
  2. wah sedapnya...trliur lak tengok..
    mmg patut la habis dikerjakan budak2 tomey tu..
    Ana, camne prkembangan Aqilah skrg..maksud akak prkembangan pembelajaran dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, adalah jgk pkembangan wlpun lambat. Cikgu2 kat skolah ni pun ok, bagus & ambil berat.

      Delete
  3. sorry ye ana, trkomen dgn pw blog sk beby....dia editor blog sk n xsign out...huhuhu...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^