Thursday, March 22, 2012

Cik Abang kena operate hidung!

Seminggu cuti sekolah kami sekeluarga berkampung di Nilai.
Cik abang ana nak buat pembedahan hidung. Nak bagi muncung jadi macam Pak Pie. Hahahaha!
Lawak jerlah.
Sebenarnya dia dah lama menderita sakit, susah nak bernafas kerana sebelah hidungnya dah tersumbat. Bila terkena jangkitan selsema lagi bertambah teruk. Kadang-kadang sampai sakit kepala, tidur sampai berjam-jam lamanya, mengalahkan budak kecik tidur).
Dan akhir-akhir ni dia kerap mengeluarkan kahak yang mengandungi darah.
Ke klinik dah berkali-kali, begitu juga hospital kerajaan. tetapi paham-paham ajerlah kalau ke hospital kerajaan-- temujanji demi temujanji untuk satu-persatu prosedur memakan masa sampai berminggu-minggu, kadang-kadang mencecah ke bulan-bulan.hehehe...
Dah ler kena amik masa waktu persekolahan (cik abang pun keja gomen gak weh)
Selalunya bila masuk temujanji yang ketiga, keempat dan seterusnya, dia memang takkan pi dah.
Letih ooo tetiap kali kena minta permission dari bos untuk keluar ke hospital.
So, rawatannya akan stop sampai situ sahaja.
Esok-esok bila sakit balik, pi pulak.
Macam tulah dari setahun ke setahun sehinggalah penghujung tahun 2011, dia dah tak tahan dah.
Ana pun tak tahan sebenarnya bila dia asyik tidur sahaja tambah-tambah waktu siang. Mana dengan nak buat kerja rumah lagi, anak-anak lagi. Tak larat nak melayan sorang diri. Letih! Malam takpelah sebab ana pun tidur juga. kekeke...
Bila dia terjumpa dengan salah sorang doktor ENT kat hospital kerajaan, baru dia tau punca sebenar sakitnya. Rupa-rupanya tulang hidung dia dah bengkok di sebelah lubang. Penyelesaiannya adalah melalui pembedahan. Tapi confirmlah, kalau buat kat hospital kerajaan kena tunggu giliran lagi.
Melainkan ada duit untuk buat kat hospital swasta.
Alhamdulillah, mujur amik insuran. Bolehlah insuran cover kos rawatan. Kalau duit sendiri memang tak mampu dengan kos yang cecah ribu raban. Walaupun minor operation jer pun.
Bila ana google istilah tulang hidung bengkok ni, ana terjumpa istilah perubatan ni Deviated Septum
Kalau salah harap maaf. Kot-kot ada doktor ker atau pakar perubatan baca blog picisan ni, boleh lah depa perbetulkan pemahaman ana ni.hehehe....bwuekkk! perasan!

Macam ni lah lebih kurang rajah rentas dalam hidung cik abang Ana. hehehe...Ana Google jer ni

 

Sedikit penerangan dari sumber di atas:

Nasal septal surgery for deviated nasal septum. The nasal septum divides the nasal cavity into two halves. A deviated septum adversely affects breathing through both halves. Correction helps with snoring and sleep apnea as well as daytime breathing. Nasal surgery may include sinus surgery for chronic sinus infection and turbinoplasty for chronic turbinate enlargement.

Harap-harap cik abang semakin pulih dari luka pembedahan.
Dan hidung pun semakin terpacak macam anak mami walaupun muka macam cina
Ahaks!

Tak sabar nak tunggu bulan April
14 Mac lalu Aqilah dah genap 7 tahun
Suka bila tengok dia dah boleh kenal huruf dan nombor

Thursday, March 01, 2012

Setelah sekian lama...

Salam sejahtera semua...Apa khabar? Dah tebal sawang kat blog ni. Hahaha...dasyat sungguh mood weng Ana kali ni. Weng sebab berjauhan dengan Aqilah, weng dengan kerja yang kian bertambah-tambah, weng dengan rumah yang jarang berkemas dan dah macam tongkang pecah, weng dengan stok ebm Ammar yang dah zero, yillekk...
Huwaaaa...camna nak buat ni?
Takpe...takpe...rileks Ana. Kita selesaikan pelan-pelan. Jangan marah-marah, jangan moody-moody. Laksanakan dengan senyuman dan penuh keikhlasan.Hahaha...weng lagi mak budak ni. Sapa yang nak tolong jadi orang gaji Ana sila angkat keyboard? hahaha...tak taulah bila nak stop weng ni?
Ok, kita tinggal bab ni sat...
Nak cerita perkembangan terkini selepas 2 bulan tidak bersiaran.
Aqilah dah genap 2 bulan di Pusat Disleksia cawangan Pulau Pinang. Alhamdulillah, sudah nampak perkembangan walaupun agak lambat. Dah mula kenal huruf. Cuma kadang-kadang ada juga huruf-huruf yang dia akan tulis terbalik. On Off, kadang-kadang ok, kadang-kadang sebaliknya tapi tak teruk macam dulu. Kalau selepas 3 bulan ni, kordinator dia beri laporan ok, boleh la kami bawa dia balik bersekolah di Perlis. Tak sabar nak tunggu hujung bulan Mac. huhu...
Nur Iwani, sambung di tadika yang sama. Alhamdulillah, bila kakak tak ada, dialah yang jadi kakak pada Adlin dan Ammar. Banyak perkara yang boleh diharap kat dia. Misalnya, tolong jaga Ammar. Kalau Ammar menangis, abah dia tak ada dan Ana sedang sibuk buat kerja rumah, dialah yang Ana harap untuk jaga Ammar. Dia pandai dodoikan Ammar sampai terlena semula. hehehe...tepuk3x
Dari segi pembelajaran, dia semakin nampak peningkatan. Dah boleh kenal huruf.
Nur Adlin, si kecil yang hyper ni dah semakin keletah bercakap. Bila dah boleh mulut ni, pot pet pot pet. Bukan setakat berleter kat Ana dan abahnya sahaja, kadang-kadang, dengan Ammar pun kena juaga--"Ammar ni! Ammoi,lampau." Oh ayat siapakah itu? hahahaha....
Kalau kakak nak menulis, dia pun mesti nak juga pen dan kertas. Ulangan, pen dan kertas yer, bukan pensel dan kertas. Oh! Sudah banyak juga karya-karya kreatif dia dia dinding. Macam-macam ada, gajah, pokok...OMG! Sabor ajerlah. Cik abang kata, biarlah dulu dia menyonteng. Tunggu dah besar sikit, barulah nak dicat semula dinding tu.huhuhu...
Ammar si hero Ana yang seorang ni dah masuk 8 bulan usianya. Masih minum susu badan ana dan dah mula makan moi/ bubur. Baru boleh meniarap dan berguling-guling. Dah pandai buat wau bulan dan cak cekuk. Dah boleh duduk dalam walker. Hehehe...kalau kakak-kakak agah, gelak mengekek-ngekek. Sangat-sangat senang dijaga. Yang penting kenyang dan bersih (tak yayak atau pampers tak penuh).
Tapi masalahnyer, stok ebm ana dah habis gara-gara kerap skip dari memerah (sebab terlampau sibuk dengan kerja dari penghujung Januari hingga hujung Februari). Huhu...sadis tau. Alangkah best nya kalau dok kat rumah jer, leh bagi direct takyah peningkan kepala nak perah dan simpan stok. Hahaha...iyolah ana ni. Alasan macam-macam. Malam ni kena try buat power pumping. Doa-doakan Ana yer.

Bak kata Adlin..."Oklah"...nanti kita sambung story mori lagi yer. Weng lagi dengan topik campur-campur ni.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^