Tuesday, August 20, 2013

Pengasuh baru....

Susah hati... awal-awal lagi dah letak perkataan negatif. Huhu... Macam mana lah tak susah hati, setelah 2 tahun baru nak tukar nurseri aka pengasuh baru Ammar. Selama 2 tahun juga Ammar membesar dengan kakak pengasuh yang juga pengasuh yang sama jaga Nur Adlin. Berbeza dengan Ammar, Adlin ana tukar ke tadika selepas 4 tahun. Jadi usia dia time tu dah cerdik sikit. Dah boleh fikir dia perlu ke tadika seperti kakak-kakak. Tetapi Ammar ni ana tukar nurseri terus dan time ni pula dia memang dah sangat2 kenal, rapat dan manja sangat dengan kakak ima dia tu. Jadi bila tiap2 pagi nak hantar (selalu cik abang hantar sebab on d way ke sekolah dia jer) tetapi skrg ana yg hantar sbb on d way ke ofis ana pula. Jadi dia mula terasa lain tambah-tambah pula bila menghala ke laluan lain. Nampak masuk jer jalan ke nurseri baru, muka dia dah berubah jadi cuak, dah berkerut2 masam sprt nak menangis (tapi tak keluar air mata...hoho).
Kadang2 fikir, betul ke tindakan ana ni? Ok ke? Tak apa ke? Cik abang ada sebut jgk...alaa...budak2 sementara nak biasa... tapi semalam dia jaga tengah malam mengamuk2...menangis...dok anggap dia hanya mimpi buruk...Ya Allah minta simpang dari perkara-perkara buruk...dan kalau boleh ana tak mau berfikiran yang tidak baik dengan nurseri dan pengasuh baru ni. Sekarang ni ana perlu bersangka yang baik-baik dan mengharapkan Ammar hanya mengalami proses penyesuaian diri di tempat dan pengasuh yang baru. Mama doakan Ammar dijaga baik sama seperti kakak ima jaga Ammar atau lebih baik lagi. Insyaallah...

Saturday, May 11, 2013

Roll Call atau TAKRIR dan TAKLIM

Nak share antara kaedah pendidikan anak yang diamalkan oleh seorang bapa bernama Saiful Nang dan isterinya. Bagus juga kalau nak cuba. Walau dah share kat FB, rasanya perlu untuk pendoman diri sendiri juga.

Gambar & artikel -- Kredit untuk SAIFUL NANG

[Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.

Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.

Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.

Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.

Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka


KANDUNGAN ROLL CALL

- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.

Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.


WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN

Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi buluh pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).

Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.

Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;

Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.

(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).


Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ?

jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?

Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.

Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini.]


Besar tanggungjawab nak membesarkan anak-anak ni. Namun kita bukan sekadar nak membesarkan mereka sahaja, kita juga perlu mendidik mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah (merangkumi ilmu dunia dan akhirat). Bukan sekadar ditekankan dengan pemikiran "perlu pandai untuk berjaya" tapi kita juga perlu didik mereka agar boleh berdikari setelah ketiadaan kita di dunia. Cara pendidikan yang diterapkan mempunyai pelbagai bentuk. Apa-apa pun semuanya atas kebijaksanaan diri kita sebagai ibubapa. Ana sangat berbesar hati (ewah cam YB plak ckpnya) apabila ibubapa sekarang suka berkongsi maklumat tentang cara pendidikan yang diamalkan untuk anak-anak. Terima kasih!

Monday, April 15, 2013

Thursday, February 28, 2013

OST "Beautiful Life"

http://www.youtube.com/watch?v=aVOfrz9NkEs&feature=youtube_gdata_player

Drama bersiri dari negara matahari terbit. Tersangatlah suka cerita ni. Sampaikan cik abang belikan 1 set untuk ana. Khas sebab kerja yang dilakonkan adalah kerja yang ana lakukan sekarang

Tuesday, February 26, 2013

Mereka yang semakin dewasa

Ikhsan gambar dari adik ipar, Atiqah

Nur Aqilah dan Nur Iwani.. sekarang sama-sama belajar dalam darjah 1.
Penawar, madu dan racun serta segalanya buat diriku dan suamiku...

Monday, February 04, 2013

Adlin si puteri salju

Puteri ketiga ni dah genap 4 tahun. Dah dihantar ke tadika. Sejak berusia 2 bulan lebih sehingga usia 3 tahun lebih, dia dijaga oleh pengasuh di nurseri. Minggu pertama mula sekolah, dia buat perangai juga. Bila difikir balik, rupa-rupanya dia malu dengan cikgu dan rakan baru. Malu dengan tempat dan suasana baru. Hehehe... Dia manja tapi manja dia x sama dengan manja Iwani. Iwani lagi manja. Haha... Manja Adlin tapi dia lebih berdikari. Selepas seminggu.. Masuk minggu kedua persekolahan, dia dah ok. Bila hantar jer terus masuk sekolah. Takde nyer nak lambai-lambai.hehe.. Adlin dah besar.. Adlin dah jadi kakak... Ayat yang selalu Ana cakap dalam nada dan niat untuk memuji. Alhamdulillah... Dia dah pandai berdikari. Semakin pandai bercakap. Dah banyak vocab dan penggunaan ayat dalam percakapan.
Kakak Adlin... Selamat menghadapi alam pra persekolahan, belajar mengenal huruf dan nombor, berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Dia sudah BERJALAN

Alhamdulillah... Akhirnya... Genap usia setahun enam bulan. Hahaha... Lambatkan. Mungkin masa dia boleh meniarap kami kerap letak dia dalam walker. Sebabnya taknak dia kutip menda halus kat lantai. Mak kan jarang-jarang sapu sampah. Huhuhu... Pastu bila jalan-jalan kat shopping complex atau mana-mana mesti letak dia dalam stroller. Dia paling lama dok dalam stroller. Kakak-kakak yang lain langsung takmo dok dalam stroller. Siap melalak cam kena dera lagi. Tapi dia memang sangat behave. Kadang tu bila terserempak dgn mak pak yang ada anak baya ammar, depa heran siap puji ammar lagi. Baiknya, mau dok dalam stroller..kahkah... Mak ni kembang kempis hidung dek kerana anak yang nak dok dalam stroller. Mak pak tu x tau mak ni dah ada 3 sejarah anak xmo dok dalam stroller. Siap mengamuk bagai.hahaha... Tapi kami x bli stroller yg branded mana pun. Nk buat per semua tu. Membazir. Kalo anak mau dok sekejap jer lagi membazir. Last2 dok dlm stor.
TIPS: Bli stroller yg muat utk baby sampai dia dh boleh jalan, bila dilipat boleh jadi saiz paling kecik supaya muat utk semua bonet kereta dan x mkn byk space, mudah utk dipasang means x perlu bantuan 2 org, murah dan tahan lasak.
Harap dapat membantu ibu baru yg masih mencari stroller yg sesuai utk anak.
Dah boleh kaki ni, macam-macam dia nak buat sendiri. Kalau kakak-kakak nak dukung pun dia marah. Dia tak suka. Banyak juga vocab yang dia dah boleh sebut. Banyak juga perkataan yang disebut dia faham. Pengaruh kakak-kakak jugak nih.
Ok adik Ammar... Abah dan mama sayang kamu!

Sunday, February 03, 2013

Pembantu mama di dapur

Haha... Membantu lah sangat yer. Suka memanjat kerusi dan berdiri tepi lemari dapur bila mama sibuk masak. Sukalah sangat tutup buka pintu microwave. Bila ubah kerusi, dia bole pula tarik balik ke tepo lemari dapur. Tak padan dgn kecik. Huhu..Mama doakan anak mama sentiasa ringan tulang, rajin membantu mama, abah dan kakak-kakak. :-X

Khas untuk yang merindui kami...

Salam sayang semua...
Lama sungguh bertapa. Setiap kali buka blog nak tulis mesti mood akan down balik. Tak tau kenapa. Merajuk kot...hehe... Mengada-ngada... Malas rasanya lagi banyak dalam diri. Hoho...kan dah terbuka rahsia. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun 2012. Banyak benda yang tidak dikongsi di sini. Hanya yang share fb jer tau perkembangan diri ana dan famili. Biasalah kan...FB tak perlu nak karang ayat-ayat bagai.
Anak-anak ni pembawa rezeki. Mereka lah madu.. Mereka lah racun. Sebagai seorang mak, memang ana akui masih banyak kekurangan diri semasa mendidik dan membesarkan mereka. Pengalaman lebih banyak mengajar Ana dan En Abg. Kadang-kadang tersilap langkah, kami cuba perbetulkan semula. Sekarang lagi mencabar. Dengan kehadiran gajet teknologi dan segala bagai. Anak- anak makin membesar. Aqilah dan Iwani dah melangkah ke alam persekolahan. Adlin pun ana dah hantar ke tadika. Macam-macam kerenah. Ada turun ada naik dalam melayani kerenah mereka. Percaya atau tidak ada dua perkara yang ana perlu genggam kemas dan amalkan iaitu SABAR dan BIJAK. Kena jadi seorang ibu yang penyabar dan jadi seorang ibu yang bijak dalam mendidik anak-anak.
Nur Aqilah, Nur Iwani, Nur Adlin dan Mior Muhammad Ammar.... Mama dan abah sayang semua!

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^