Monday, February 04, 2013

Adlin si puteri salju

Puteri ketiga ni dah genap 4 tahun. Dah dihantar ke tadika. Sejak berusia 2 bulan lebih sehingga usia 3 tahun lebih, dia dijaga oleh pengasuh di nurseri. Minggu pertama mula sekolah, dia buat perangai juga. Bila difikir balik, rupa-rupanya dia malu dengan cikgu dan rakan baru. Malu dengan tempat dan suasana baru. Hehehe... Dia manja tapi manja dia x sama dengan manja Iwani. Iwani lagi manja. Haha... Manja Adlin tapi dia lebih berdikari. Selepas seminggu.. Masuk minggu kedua persekolahan, dia dah ok. Bila hantar jer terus masuk sekolah. Takde nyer nak lambai-lambai.hehe.. Adlin dah besar.. Adlin dah jadi kakak... Ayat yang selalu Ana cakap dalam nada dan niat untuk memuji. Alhamdulillah... Dia dah pandai berdikari. Semakin pandai bercakap. Dah banyak vocab dan penggunaan ayat dalam percakapan.
Kakak Adlin... Selamat menghadapi alam pra persekolahan, belajar mengenal huruf dan nombor, berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya.

2 comments:

  1. chaiyok2 adlin....(dh mcm perangai m.ni j...ahaks...)...
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. kiut, manja, keletahnya....semua akan diingati nanti.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^