Sunday, February 03, 2013

Khas untuk yang merindui kami...

Salam sayang semua...
Lama sungguh bertapa. Setiap kali buka blog nak tulis mesti mood akan down balik. Tak tau kenapa. Merajuk kot...hehe... Mengada-ngada... Malas rasanya lagi banyak dalam diri. Hoho...kan dah terbuka rahsia. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun 2012. Banyak benda yang tidak dikongsi di sini. Hanya yang share fb jer tau perkembangan diri ana dan famili. Biasalah kan...FB tak perlu nak karang ayat-ayat bagai.
Anak-anak ni pembawa rezeki. Mereka lah madu.. Mereka lah racun. Sebagai seorang mak, memang ana akui masih banyak kekurangan diri semasa mendidik dan membesarkan mereka. Pengalaman lebih banyak mengajar Ana dan En Abg. Kadang-kadang tersilap langkah, kami cuba perbetulkan semula. Sekarang lagi mencabar. Dengan kehadiran gajet teknologi dan segala bagai. Anak- anak makin membesar. Aqilah dan Iwani dah melangkah ke alam persekolahan. Adlin pun ana dah hantar ke tadika. Macam-macam kerenah. Ada turun ada naik dalam melayani kerenah mereka. Percaya atau tidak ada dua perkara yang ana perlu genggam kemas dan amalkan iaitu SABAR dan BIJAK. Kena jadi seorang ibu yang penyabar dan jadi seorang ibu yang bijak dalam mendidik anak-anak.
Nur Aqilah, Nur Iwani, Nur Adlin dan Mior Muhammad Ammar.... Mama dan abah sayang semua!

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^