Thursday, February 28, 2013

OST "Beautiful Life"

http://www.youtube.com/watch?v=aVOfrz9NkEs&feature=youtube_gdata_player

Drama bersiri dari negara matahari terbit. Tersangatlah suka cerita ni. Sampaikan cik abang belikan 1 set untuk ana. Khas sebab kerja yang dilakonkan adalah kerja yang ana lakukan sekarang

Tuesday, February 26, 2013

Mereka yang semakin dewasa

Ikhsan gambar dari adik ipar, Atiqah

Nur Aqilah dan Nur Iwani.. sekarang sama-sama belajar dalam darjah 1.
Penawar, madu dan racun serta segalanya buat diriku dan suamiku...

Monday, February 04, 2013

Adlin si puteri salju

Puteri ketiga ni dah genap 4 tahun. Dah dihantar ke tadika. Sejak berusia 2 bulan lebih sehingga usia 3 tahun lebih, dia dijaga oleh pengasuh di nurseri. Minggu pertama mula sekolah, dia buat perangai juga. Bila difikir balik, rupa-rupanya dia malu dengan cikgu dan rakan baru. Malu dengan tempat dan suasana baru. Hehehe... Dia manja tapi manja dia x sama dengan manja Iwani. Iwani lagi manja. Haha... Manja Adlin tapi dia lebih berdikari. Selepas seminggu.. Masuk minggu kedua persekolahan, dia dah ok. Bila hantar jer terus masuk sekolah. Takde nyer nak lambai-lambai.hehe.. Adlin dah besar.. Adlin dah jadi kakak... Ayat yang selalu Ana cakap dalam nada dan niat untuk memuji. Alhamdulillah... Dia dah pandai berdikari. Semakin pandai bercakap. Dah banyak vocab dan penggunaan ayat dalam percakapan.
Kakak Adlin... Selamat menghadapi alam pra persekolahan, belajar mengenal huruf dan nombor, berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Dia sudah BERJALAN

Alhamdulillah... Akhirnya... Genap usia setahun enam bulan. Hahaha... Lambatkan. Mungkin masa dia boleh meniarap kami kerap letak dia dalam walker. Sebabnya taknak dia kutip menda halus kat lantai. Mak kan jarang-jarang sapu sampah. Huhuhu... Pastu bila jalan-jalan kat shopping complex atau mana-mana mesti letak dia dalam stroller. Dia paling lama dok dalam stroller. Kakak-kakak yang lain langsung takmo dok dalam stroller. Siap melalak cam kena dera lagi. Tapi dia memang sangat behave. Kadang tu bila terserempak dgn mak pak yang ada anak baya ammar, depa heran siap puji ammar lagi. Baiknya, mau dok dalam stroller..kahkah... Mak ni kembang kempis hidung dek kerana anak yang nak dok dalam stroller. Mak pak tu x tau mak ni dah ada 3 sejarah anak xmo dok dalam stroller. Siap mengamuk bagai.hahaha... Tapi kami x bli stroller yg branded mana pun. Nk buat per semua tu. Membazir. Kalo anak mau dok sekejap jer lagi membazir. Last2 dok dlm stor.
TIPS: Bli stroller yg muat utk baby sampai dia dh boleh jalan, bila dilipat boleh jadi saiz paling kecik supaya muat utk semua bonet kereta dan x mkn byk space, mudah utk dipasang means x perlu bantuan 2 org, murah dan tahan lasak.
Harap dapat membantu ibu baru yg masih mencari stroller yg sesuai utk anak.
Dah boleh kaki ni, macam-macam dia nak buat sendiri. Kalau kakak-kakak nak dukung pun dia marah. Dia tak suka. Banyak juga vocab yang dia dah boleh sebut. Banyak juga perkataan yang disebut dia faham. Pengaruh kakak-kakak jugak nih.
Ok adik Ammar... Abah dan mama sayang kamu!

Sunday, February 03, 2013

Pembantu mama di dapur

Haha... Membantu lah sangat yer. Suka memanjat kerusi dan berdiri tepi lemari dapur bila mama sibuk masak. Sukalah sangat tutup buka pintu microwave. Bila ubah kerusi, dia bole pula tarik balik ke tepo lemari dapur. Tak padan dgn kecik. Huhu..Mama doakan anak mama sentiasa ringan tulang, rajin membantu mama, abah dan kakak-kakak. :-X

Khas untuk yang merindui kami...

Salam sayang semua...
Lama sungguh bertapa. Setiap kali buka blog nak tulis mesti mood akan down balik. Tak tau kenapa. Merajuk kot...hehe... Mengada-ngada... Malas rasanya lagi banyak dalam diri. Hoho...kan dah terbuka rahsia. Banyak benda yang dah berlaku sepanjang tahun 2012. Banyak benda yang tidak dikongsi di sini. Hanya yang share fb jer tau perkembangan diri ana dan famili. Biasalah kan...FB tak perlu nak karang ayat-ayat bagai.
Anak-anak ni pembawa rezeki. Mereka lah madu.. Mereka lah racun. Sebagai seorang mak, memang ana akui masih banyak kekurangan diri semasa mendidik dan membesarkan mereka. Pengalaman lebih banyak mengajar Ana dan En Abg. Kadang-kadang tersilap langkah, kami cuba perbetulkan semula. Sekarang lagi mencabar. Dengan kehadiran gajet teknologi dan segala bagai. Anak- anak makin membesar. Aqilah dan Iwani dah melangkah ke alam persekolahan. Adlin pun ana dah hantar ke tadika. Macam-macam kerenah. Ada turun ada naik dalam melayani kerenah mereka. Percaya atau tidak ada dua perkara yang ana perlu genggam kemas dan amalkan iaitu SABAR dan BIJAK. Kena jadi seorang ibu yang penyabar dan jadi seorang ibu yang bijak dalam mendidik anak-anak.
Nur Aqilah, Nur Iwani, Nur Adlin dan Mior Muhammad Ammar.... Mama dan abah sayang semua!

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^