Tuesday, August 20, 2013

Pengasuh baru....

Susah hati... awal-awal lagi dah letak perkataan negatif. Huhu... Macam mana lah tak susah hati, setelah 2 tahun baru nak tukar nurseri aka pengasuh baru Ammar. Selama 2 tahun juga Ammar membesar dengan kakak pengasuh yang juga pengasuh yang sama jaga Nur Adlin. Berbeza dengan Ammar, Adlin ana tukar ke tadika selepas 4 tahun. Jadi usia dia time tu dah cerdik sikit. Dah boleh fikir dia perlu ke tadika seperti kakak-kakak. Tetapi Ammar ni ana tukar nurseri terus dan time ni pula dia memang dah sangat2 kenal, rapat dan manja sangat dengan kakak ima dia tu. Jadi bila tiap2 pagi nak hantar (selalu cik abang hantar sebab on d way ke sekolah dia jer) tetapi skrg ana yg hantar sbb on d way ke ofis ana pula. Jadi dia mula terasa lain tambah-tambah pula bila menghala ke laluan lain. Nampak masuk jer jalan ke nurseri baru, muka dia dah berubah jadi cuak, dah berkerut2 masam sprt nak menangis (tapi tak keluar air mata...hoho).
Kadang2 fikir, betul ke tindakan ana ni? Ok ke? Tak apa ke? Cik abang ada sebut jgk...alaa...budak2 sementara nak biasa... tapi semalam dia jaga tengah malam mengamuk2...menangis...dok anggap dia hanya mimpi buruk...Ya Allah minta simpang dari perkara-perkara buruk...dan kalau boleh ana tak mau berfikiran yang tidak baik dengan nurseri dan pengasuh baru ni. Sekarang ni ana perlu bersangka yang baik-baik dan mengharapkan Ammar hanya mengalami proses penyesuaian diri di tempat dan pengasuh yang baru. Mama doakan Ammar dijaga baik sama seperti kakak ima jaga Ammar atau lebih baik lagi. Insyaallah...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^