Sunday, May 18, 2014

Saya hanya seorang ibu....

Baru-baru ni, ada student dr IPT bertanyakan tentang DISLEKSIA. Tetapi ana tak jawab soalannya sebaliknya ana tegur cara dia bertanya seperti seolah-olah hendak mencari jalan mudah. Mungkin juga cara ana jawab agak kasar dan sekiranya adik student itu terasa hati ana minta maaf. Tetapi sepatutnya kalau nak bertanya, perlulah prepare terlebih dahulu cara bertanya, soalan yg bagaimana nak diajukan dan dengan siapa awak nak bertanya. Jangan main taram tanya jer.... Bukan taknak membantu tetapi cara adik student tu tanya seolah-olah ana ni seorang pakar dan mempunyai kelayakan PHD dalam bidang ni. Akak ni seorang ibu yang mempunyai seorang anak Disleksia sahaja Dik Non oii.... akak pun takdelah mengaji dan mengkaji habis sangat. Setakat cari maklumat dalam internet senang cakap "Google Ajer". Pi seminar tu pun sekali tu jer...itu pun dah bertahun. Selebihnya keep up to date dengan FB Dyslexia Malaysia . Itu jer...takdelah sampai buat research bagai....
Memang ana bukan ibu yang terbaik, sbb ada ibu yg sanggup berenti kerja semata-mata nak hantar anak2 mereka ke PDM kat KL nuu... Banyak kali kami fikir, sampaikan ana dan cik abang ada terfikir salah seorang dari kami nak ambil cuti tanpa gaji sebab nak hantar Nur Aqilah ke PDM kat Ampang. Tapi bila fikir2 balik, nanti2 masa ke depan apa akan jadi sbb bila amik cuti tanpa gaji, confirm effect bila nak pencen. At least, semua2 tu untuk anak2 jugak. Lagipun kami tak mahu anak2 amik pinjaman PTPTN sbb ana dah merasa bahananya. Maaf lah yer utk penyokong2 PTPTN...Chek takmo anak2 chek menanggung hutang seumur hidup. Kesian kat depa.
Sekarang ni, Aqilah pun dah pandai membaca dan mengira. Walaupun takdelah sebagus Iwani, tapi semakin ok dan ada juga kemajuannya. Alhamdulillah, sekolah kerajaan aliran pendidikan khas takdelah teruk sangat sprt yg diperkatakan. Mgkn juga nasib dan rezeki, Aqilah dapat cikgu2 yg sangat baik dan prihatin. Dan majoriti budak2 kat situ sprt Aqilah- slow learner dan ada juga hyperactive. Jadi tumpuan cikgu2 boleh ke satu arah sahaja.

Kat sini ana nak share dgn semua beberapa laman web yg saya dapat dr FB Dyslexia Malaysia, mungkin boleh membantu sesapa yg nak tau pasal Disleksia. Selebihnya, tanyalah kepada yang lebih pakar ya.

MAYO CLINIC
10 thing every children with Dyslexia want you to know
IPADAPPS
National Center for learning Disabilities

How Robert Redford's family are changing our thinking on dyslexia


Seperti yg ana bgatau "Google jer" ..maklumat di hujung jari...tp kalo nak dapat yang lagi schoolar....boleh rujuk tesis2 atau kertas2 kerja academician yg kebelakang... 

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^