Tuesday, November 04, 2014

Kuasa suara seorang ibu...

Dengan hanya satu perkataan dalam sms

"Maaa.."

Nampak sangat anaknya ni sengkek. Sebenarnya bukan tak mampu nak beli kredit, tapi malas nak top up. Kedekut cam haji bakhil...cesss!

Tak berapa minit, si mak dah telefon. Angkat2 telefon, takdan cakap apa, dah mengalir ayaq mata. Memang macam citer hindustan sungguh.

"Dah kenapa pula?"
"Tak larat. Teruk sangat alah...huhuhu"
"Hmm, macam adik juga. Adik takpalah baru anak sulung. Ni dah nak masuk lima pun sama juga..."

Huhu... nak buat macam mana. Minggu ni memang hilang terus selera makan. Tension tau.
Paling kesian kat anak-anak & cik abang. Memamng terabai sungguh. Tak boleh buat apa. Angin asyik dok kat tekak jer.

Ma nasihat2... oklah sikit hati ni. Cool balik.

Minta ma doakan bagi cepat-cepat habis alah ni. Tak sanggup nak lalui dah. Tapi bukan semua fasa tak best. Satgi ada plak yang takut nak hamil. hehehe...

Ada yg mudah dari awai sampai bersalin....ada yg susah2 dulu, senang2 kemudian...ada jugak yg susah sampai bersalin, tp masa anak keluar senang pula nak jaga....

Masing2 punya rezeki.

Doa banyak2, minta Allah permudahkan segalanya.

1 comment:

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^